Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 1 Oktober 2009

Tinggalkan amalan rasuah wahai UMNO/BN- Pesuruhjaya PAS Perak

demokrasi93.blogspot.com

Ipoh, 1 Okt. 09: Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan bahawa rasuah merupakan satu fenomena dalam UMNO/BN yang sukar untuk diubati lagi. Ia satu cerita lama yang belum selesai walaupun siapa yang naik menjadi PM di kalangan mereka.

Tambah beliau lagi gejala rasuah ini semakin parah dan membarah sehingga sukar untuk diubati. Hari ini rasuah bukan hanya membabitkan ratusan ringgit malah jutaan dan ada yang mencecah billion ringgit.

Beliau juga menyatakan bahawa rasuah merupakan satu jenayah terkutuk dan ditegah oleh Islam kerana ia termasuk dalam kaedah memakan harta secara bathil.

Beliau turut menyeru agar seluruh umat Islam beriman dengan Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 188 yang bermaksud, “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)”.

Pesuruhjaya PAS Perak menyeru agar seluruh rakyat memahami dan menyedari bahawa Allah SWT akan menurunkan azabnya kepada umat manusia, dengan ditarik keredhaan, keberkatan, kemajuan, keamanan, kegemilangan negara serta masyarakat akan dilanda kemusnahan disebabkan pemimpin negara yang merosakkan negara dengan amalan rasuah.

Beliau menyatakan lagi, “Bagaimana negara akan maju dan masyarakat akan aman, andainya rasuah bermaharajalela? Bilik sekolah menjadi roboh, jambatan menjadi bengkok, stadium roboh, tempoh 2 tahun menjadi 5 tahun. Semuanya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan kerana rasuah.Sebab itu tidak hairanlah bahawa di antara faktor bala Allah SWT ke atas negara kita ialah berlakunya gejala sosial, pembunuhan, pemerasan, dadah, rogol, kenaikan harga barang yang ada kaitannya dengan gejala rasuah yang sedang menyeliputi pemimpin Negara”.

Beliau turut mempersoalkan lagi, “Mampukah UMNO/BN membenteras rasuah sedangkan mereka terkenal pasukan yang bergelomang dengan rasuah? Mampukah perasuah membanteras rasuah sama seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul?”.

Beliau juga turut mencabar agar kerajaan Umno/BN segera menaikkan semula imej negara di mata dunia selepas Malaysia terus merudum dalam indeks persepsi rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.
Malah apa yang lebih memalukan, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram,yang mana Israel berada pada kedudukan ke-33, jelas beliau.

Tiada ulasan: