Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 30 Oktober 2009

DAP minta ahli tidak buat spekulasi isu Pas

demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM – DAP mengingatkan ahli parti tidak buat sebarang spekulasi terhadap pemimpin Pas Sel:angor sebelum sebarang keputusan hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin parti itu diumumkan.


:Timbalan Presidennya, Dr Tan Seng Giaw berkata, peringatan menghentikan sebarang spekulasi terhadap parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) penting bagi memelihara keutuhan parti pembangkang.


“Biarlah Jawatankuasa Disiplin Parti Pas menjalankan siasat terdahulu menentukan siapa yang bersalah dan siapa yang betul.


“Janganlah terus memberi spekulasi bahawa pemimpin Pas seperti Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bermasalah yang menjadi punca masalah hubungan antara parti gabungan dalam PR di Selangor sedangkan ianya masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mesyuarat Khas Pas meminta agar Jawatankuasa Disiplin Parti menyiasat Pas Selangor berikutan mengeluarkan kenyataan kontroversi sehingga menggugat keutuhan hubungan dengan PR.


Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong menegaskan, setakat ini hubungan pemimpin DAP dan PKR dengan Pas di Selangor masih utuh.


Rabu lalu, semasa mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat bersama barisan Pesuruhjaya Negeri memutuskan mengadakan Seminar Memperkasa Parti menggantikan Muktamar Pas (EGM) dan mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat menegnai beberapa tuduhan terhadap Pas Selangor.

Tiada ulasan: