Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 10 Oktober 2009

keputusan EGM MCA: Perwakilan buat keputusan dramatik !!!!!!!!!!!!!

KUALA LUMPUR: Para perwakilan MCA membuat keputusan dramatik dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan di sini pada Sabtu.

Dalam EGM tersebut, perwakilan parti meluluskan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat dan menolak usul untuk mengembalikan jawatan Timbalan Presiden, kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bagaimanapun, EGM itu menyokong usul Soi Lek diterima semula sebagai anggota parti.

Menurut sumber parti keputusan dramatik itu bermakna yang mereka perlu merujuk kepada perlembagaan parti.

Keputusan EGM itu dibacakan oleh Speaker Datuk Yik Phooi Hoong pada kira-kira 4:25 petang tadi.

Berikut ialah keputusan bagi resolusi pertama: Setuju: 1,155 Bantah: 1,141 Undi Rosak: 8 Keputusan bagi resolusi kedua:

Setuju: 1,204 Bantah: 1,095 Undi Rosak: 5

Keputusan resolusi ketiga pula adalah seperti berikut:

Setuju: 1,110 Bantah: 1,184 Undi rosak: 10

Tiada ulasan: