Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 6 Oktober 2009

Banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih


demokrasi93.blogspot.com
PAS mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Ahad ini.

Naib presidennya Salahuddin Ayub berkata, setakat semakan mereka sehingga tengah hari ini, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan keganjilan itu – yang membimbangkan parti kemungkinan pengundian dua kali.

Semalam Malaysiakini melaporkan parti itu mendakwa ia berjaya mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang didaftarkan sebanyak dua kali di daftar tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan rombongan PAS dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.

"Kita harap, daftar pemilih ini dapat diputihkan," kata Salahuddin. MALAYSIAKINI

Tiada ulasan: