demokrasi93.blogspot.com
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan dicadangkan supaya menyekat kenaikan pangkat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai kerajaan negeri yang merokok.
Cadangan itu dikemukakan Abdul Fattah Harun (Pas-Bukit Tuku) ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, semalam.
Abdul Fattah berkata, cadangan itu adalah selaras dengan hasrat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak mahu pemimpin negeri itu mengamalkan budaya tidak sihat.
“Saya mencadangkan pimpinan Kerajaan Negeri meletakkan syarat iaitu mana-mana ADUN dan pegawai Kerajaan Negeri yang merokok tidak akan dinaikkan pangkat,” katanya.
Cadangan itu disambut dengan satu lagi alternatif oleh Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) turut memberikan cadangan supaya Kerajaan Negeri memberikan insentif kepada kedai yang tidak menjual rokok.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar ketika memberikan reaksi kepada cadangan tersebut berkata, Kerajaan Negeri sedia mengkaji untuk memberikan insentif kepada mana-mana premis yang tidak menjual rokok kepada orang ramai.
“Kerajaan Negeri sangat dukacita usaha yang dilakukan termasuk oleh Kerajaan Pusat tidak mencapai objektif sasarannya. Kita akan berusaha memberi kefahaman termasuk menjelaskan fatwa yang mengatakan merokok itu adalah haram.
“Berdasarkan laporan, lebih separuh lelaki di Kelantan ketika ini adalah perokok.
“Kita juga sudah mengedarkan fatwa bahawa merokok itu haram kepada orang ramai, premis perniagaan dan klinik bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan Bengkel Nafas Baru yang disertai 90 imam dan penghulu dari seluruh negeri supaya bahaya merokok dapat disampaikan kepada rakyat di setiap peringkat bagi mewujudkan kesedaran tersebut.
“Kita buat bengkel ini kepada imam dan penghulu iaitu pemimpin masyarakat supaya mereka dapat menyampaikan pula hasrat kerajaan negeri kepada rakyat di peringkat bawah.
“Kerajaan Negeri berharap perokok yang sedar bahawa merokok itu haram dan membazir mendapatkan rawatan pemulihan untuk berhenti merokok di klinik swasta dan kerajaan,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan