
:Menurut Abdul Hadi, ahli Pas juga perlu merancang penguasaan gerakan parti tersebut dalam ma-syarakat dengan memikirkan cara terbaik ke arah memungkinkan parti itu memimpin rakyat.
:Beliau berkata, setiap ahli parti mesti menggabungkan diri dan terus komited dalam satu saf perjuangan agar menjadi orang berjihad, bukannya individu yang duduk tanpa berjuang.
:“Dengan menyedari kekurangan dan kelemahan kita walaupun tanpa me-nyenaraikannya, marilah kita berusaha menguruskan satu perubahan ke arah mencapai cita-cita murni iaitu kemenangan Islam,” katanya.
:Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap-tama Ijtima’ Kepimpinan Pas negeri Terengganu 2009 di depan lebih 4,000 peserta yang diadakan di Markas Tarbiyah Pas Kubang Lembek, Manir, di sini kelmarin.
:Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya Pas Terengganu Datuk Harun Taib dan semua barisan kepimpinan Pas peringkat negeri, kawasan serta sayap parti.
:Abdul Hadi memberitahu, dalam menguruskan perubahan, peranan organisasi Pas dari atas sehingga peringkat bawah sama ada sayap mahupun lajnah hendaklah digaris pandu pencapaiannya melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI).
:“Latihan kepada petugas dilakukan secara berterusan dan Pas juga memerlukan skim pembangunan sukarelawan atau pekerja sukarela dalam pelbagai bidang agar mereka dapat membantu parti,” katanya.
:Katanya, kewujudan Pemuda Pas adalah untuk menjamin kesinambungan perjuangan parti dan me-ngembangkan pengaruh parti itu kepada golongan muda terdiri daripada pelbagai latar belakang serta budaya.
:“Pemuda Pas harus berusaha melahirkan golo-ngan muda yang berilmu, berketerampilan, beriman dan bersemangat manakala aktiviti hiburan serta sosial yang menjadi penghubung mereka perlu diurus dengan bijak tanpa melangkaui batas syariah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan