Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 27 Oktober 2009

Kontrak setia 20 tahun Pakatan cadangan yang matang

demokrasi93.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Kontrak setia selama 20 tahun antara pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR) dianggap kena pada masanya bagi memperkemaskan langkah pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution.

Katanya, merujuk kepada situasi semasa dalaman PR, pemimpin parti komponen perlu berganding bahu dan amat munasabah kontrak setia itu direalisasikan.

“Sebagai sorang ahli politik yang cukup senior dan berpengalaman, pandangan Lim Kit Siang itu sudah tentu mempunyai asasnya.

“Semua pimpinan pakatan peringkat perlu melakukan refleksi dalaman untuk memperkemaskan PR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, pandangan dan teguran itu sebagai satu perkara yang perlu dilaksanakan dengan baik seiring dengan kematangan berpolitik.

“Politik sekarang memerlukan kemahiran diplomasi bukannya konfrontasi yang berterusan dan politik berasaskan ilmu pengetahuan. Jadi teguran itu perlu dilaksanakan,” katanya.

Menjawab persoalan mengenai tempoh masa 20 tahun yang menjadi sasaran untuk perubahan itu, Saifuddin berkata, tempoh terbabit satu tempoh yang cukup matang bagi PR.

“Itu sekadar satu ‘time frame’ yang diletakkan untuk menyukat sama ada objektif kita itu kesampaian. Dalam penentuan matlamat kita mestilah mengikat dengan satu tempoh,” katanya.

Kelmarin Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyarankan agar komponen PR berikrar taat setia selama 20 tahun bagi menjayakan prinsip kerjasama dan disiplin antara pemimpin.

Beliau berkata, langkah itu penting berikutan PR kehilangan sokongan rakyat begitu ketara terutama selepas kekalahan calon Pas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang.

1 ulasan:

anakmuaallaf berkata...

Salam Batu Gajah,
Bila sebut batu gajah rasa macam sesuatu yang gah sangat..Anyway sikap kita yang cepat melatah juga menyebabkab keadaan tu menjadi havoc..Lihatlah kes pimpinan kita ..kalau kita semua serahkan kepada majlis syura..selesai masalah..
Itulah berbezanya perjuangan PAS dengan parti-parti politik lain d Malaysia..