demokrasi93.blogspot.com
KUALA TERENGGANU - DAP Terengganu menganggap masalah kepimpinan yang berlaku dalam Pas hanya perkara biasa tetapi disensasikan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menunjukkan wujudnya perpecahan.
Pengerusinya, Ng Chai Heng berkata, sejak sekian lama UMNO dan BN akan sentiasa mengambil kesempatan terhadap apa juga isu yang timbul dalam Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui media massa dikuasainya.
Bagaimanapun katanya, sebagai rakan pakatan pembangkang, pihaknya melihat situasi yang tercetus sekarang hanyalah satu salah faham semata-mata dan beliau yakin Pas akan dapat menyelesaikannya dengan baik serta berkesan.
“Dalam politik, salah faham itu biasa berlaku tetapi BN gemar mengambil kesempatan terhadap pakatan pembangkang bagi menunjukkan kepada rakyat kononnya kita tidak bersatu, pecah belah dan sentiasa dilanda masalah.
“Namun bagi isu yang melanda Pas sekarang, saya tidak nampak wujudnya masalah besar sebaliknya ia diperbesar-besarkan oleh media BN, itu sahaja,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut politik Pas sekarang berikutan cadangan yang dibuat oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan Muktamar Khas (EGM).
Chai Heng memberitahu, Pas pernah melalui kemelut yang lebih besar sebelum ini dan oleh itu beliau yakin masalah tersebut akan dapat diselesaikan dengan baik terutamanya keputusan mengadakan mesyuarat khas Rabu lalu.
“Bagi saya, BN sengaja memperbesarkan isu Pas bagi mengalih perhatian rakyat kepada pembentangan bajet 2010 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak banyak memberi keuntungan kepada rakyat.
“Apa pun, kita harap isu ini (kepimpinan Pas) dapat diselesaikan dengan baik agar Pas mampu memberi tumpuan kepada peranan untuk memperkukuhkan kedudukan pakatan pembangkang,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan