demokarasi93.blogspot.com
SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad mengkritik kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengatakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah seorang yang pro-UMNO.
Menurutnya, kenyataan itu langsung tiada asas kerana Aziz hanya berani mengeluarkan kenyataan selepas kekalahan teruk Pas-Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tetapi tidak turun padang sendiri untuk menyaksikan keadaan sebenar parti itu.
“Kalau Presiden Pas suka dengan UMNO, kenapa beliau menolak awal-awal lagi pelawaan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Badawi untuk membentuk kerajaan bersama selepas pilihan raya umum 2008 lalu?
“Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka dan orang UMNO datang maka orang ini dianggap pro-UMNO, kalau itulah tuduhan yang tiada fakta, malanglah sebagai seorang ahli akademik,” katanya, semalam.
Menurutnya, Pas melakukan post mortem yang dipengerusikan Naib Presiden, Mohd Sabu untuk mengkaji punca kekalahan pilihan raya kecil Bagan Pinang sehingga ke akar umbi.
“Sebab itu tidak perlulah kita menyalahkan sesiapa pun dalam hal ini, tengok dulu post mortem. Memang sedap mengkritik seperti penonton bola untuk mengkritik pemain yang berada di tengah padang bola sepak, tetapi betapa peritnya mereka yang berada di tengah padang,” katanya.
Selain itu, beliau turut membidas pendapat Aziz yang mendakwa pemimpin Pas hanya berdiam diri dalam isu politik di Selangor contohnya seperti isu arak, malah menegaskan Pas ada cara tersendiri dalam menyelesaikan isu-isu terbabit.
“Jangan kumpul maklumat berdasarkan blog semata-mata, kita tidak menggunakan media UMNO, untuk menyelesaikan masalah parti dan PR. Bila musuh pernah ehsan dengan Pas dan PR, kenapa hendak mendedahkan hal keluarga dalam media,” katanya.
Kelmarin, Aziz yang juga Penulis Tamu Sinar Harian dalam ruangan Perspektif menyeru Pas mengambil langkah drastik melakukan reformasi kepimpinan kerana terdapat isu dalam Pas dan PR yang menjadi punca kekalahan Pas di Bagan Pinang.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan