Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Ahad, 28 Julai 2013

PAS Ibrahim penggerak PAS Batu Gajah

Suatu majlis tahlil dan kenduri kesyukuran telah diadakan untuk meraikan kemenangan DUN Sungai rapat di rumah Tuan Haji Ibrahim di Batu Gajah.




Tn Hj Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pak Ibrahim adalah YDP PAS Bt. Gajah sejak tahun 1986 sebelum diterajui oleh Tn Hj Ismail Ariffin sebagai YDP bermula tahun 2005 hingga sekarang.

Beliau, seorang veteran PAS yg kini menetap di Kg Sungai Terap berusia 77 tahun, seumur dengan ayahanda Ust Radzi dilihat masih bertenaga dan masih mampu mengurus diri dan keluarganya.

Menurut sejarah awal, pada zaman beliau memimpin PAS Kawasan Bt Gajah, Caw. PAS Pengkalan Pegoh dan Caw. PAS Taman Meru yg kini berada dalam kawasan  PAS Tambun, ketika itu masih berada di bawah pentadbiran PAS Bt. Gajah.

Beliau turut bersyukur atas kemenangan PAS di DUN Sg. Rapat kali ini kerana penantian lebih 28 tahun telah membuahkan hasil, khususnya bagi PAS Batu Gajah.

Sepanjang 21 tahun memimpin PAS Kaw Bt. GAJAH, banyak asas penting telah dilakukan oleh beliau untuk memperkukuhkan PAS Bt. GAJAH. 

Beliau pernah diiktiraf sebagai antara pengedar Harakah paling cemerlang di Perak, dan sehingga kini masih istiqamah mengedarkan Harakah kepada masyarakat khususnya ahli ahli PAS. Mungkin yakin dengan saranan Yb Ustaz Idris Ahmad agar istiqamah mengedar dan menjadikan Harakah bahan bacaan rakyat, beliau amat komited dan optimis dengan media harakah sebagai sumber suntikan kebangkitan dan kesedaran rakyat.

Ramai pimpinan kawasan dan ahli ahli PAS yang turu hadir  di rumah Pak Ibrahim.

Shahrul Puadi
Muhammad Nuruddin Bashah
Team Media ADUN Sungai Rapat

Selasa, 16 Julai 2013

PAS Batu Gajah prihatin kebajikan rakyat

IPOH, 13 Julai : Sempena menyambut bulan yang mulia ini, PAS Kawasan Batu Gajah telah mengadakan program santuni dan bantuan kepada masdyarakat yang memerlukan baru-baru ini.

Program tersebut meliputi beberapa Unit Peti Undi (UPU) di dalam Dun Sungai Rapat yang diamanahkan kepada PAS Batu Gajah untuk menjaganya iaitu Kampung Ara Payong, Kampung Pisang dan Kampung Seri Jaya.

Penerima bantuan itu terdiri daripada golongan miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal yang kurang berkemampuan untuk menampung kehidupan seharian.

Skuad prihatin PAS Batu Gajah yang diketuai oleh Naib Yang Dipertuanya, Rosdy Abdullah telah mengenalpasti keluarga serta individu yang benar-benar memerlukan.
 
Bantuan tersebut berupa keperluan harian bagi mengurangkan beban mereka yang memerlukan untuk menyambut kedatangan Ramadhan kali ini.

Skuad prihatin itu juga bersama Jabatan Amal Malaysia dana masyarakat tempatan turut mengadakan gotong-royong membaiki beberapa buah rumah.

Rosdy ketika ditemui Harakah berkata, skuad prihatin PAS Batu Gajah komited menjalankan program kebajikan di sepanjang masa tanpa mengira musim.

Jelas beliau, masih ramai masyarakat yang terpinggir di kawasan itu biarpun ianya terletak di kawasan bandar.

"Alhamdulillah pada PRU13 lalu, Ustaz Radzi Zainon berjaya memenangi Dun Sungai Rapat dan ini adalah satu amanah besar kepada PAS.
 
"Pihak kami akan sedaya upaya mengerah keringat untuk berkhidmat sebaik mungkin biarpun tidak mendapat apa-apa dana daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat," katanya lagi.

Tegasnya, PAS Batu Gajah akan bersama-sama membantu pihak Pusat Khidmat Adun Sungai Rapat untuk membantu menjaga kebajikan rakyat dan mencari dana bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Dun tersebut.
 






 
 

Khamis, 11 Julai 2013

Jangan pentingkan 'Doktor Peribadi' !

IPOH: PAS Perak menggesa kerajaan negeri menunjukkan ketelusan bagi urusan pembangunan tanah-tanah yang berstrategik di negeri itu. 
Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isunya, Salman Saleh berkata, antara tanah-tanah yang dianggap amat berstrategik di Perak adalah seperti kuarters- kuarters kerajaan yang lama ataupun bangunan-bangunan lama milik kerajaan negeri yang akan dibangunkan semula.
Katanya, pembangunan semula tapak berstrategik ini sewajarnya dibuat secara telus dan adil tanpa mementingkan pihak-pihak tertentu.
 Jelas beliau, pihaknya sentiasa dimaklumkan bahawa terdapat pembangunan yang dirancang adalah lebih bersifat untuk diberikan kepada kroni semata-mata. 
"Antara perkara yang ingin kami persoalkan, adakah ianya dibuat dalam bentuk tender terbuka dengan saringan yang telah ditetapkan? 
"Kadang-kadang dilihat juga, ianya diberikan kepada ‘orang yang rapat’ dengan pihak-pihak tertentu di dalam kerajaan negeri," katanya.
Setiausaha Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya merasakan ‘wabak’ rasuah akan sentiasa berlaku jika pihak kerajaan negeri tidak mengamalkan ketelusan di dalam pemberian mana-mana projek sekali pun.
Ujar beliau, beberapa langkah ketelusan yang masih belum dilaksanakan oleh kerajaan negeri adalah seperti melaksanakan tender terbuka dan kewajaran pemberian projek tertentu yang dilihat kerap kepada pemilik syarikat yang sama sahaja. 
"Walaupun syarikat yang berlainan, tetapi malang ianya dimiliki oleh penama yang sama di dalam syarikat tersebut. 
"Ianya lebih kepada kroni pihak-pihak tertentu di dalam kerajaan negeri termasuk yang mempunyai hubungan rapat seperti ‘doktor peribadi’ orang-orang tertentu bagi pengurniaan projek tersebut," tegasnya.

Sumber: Perakite Daily

Mulakan dengan tahlil berakhir dengan ceramah bersama Dato' Mahfuz

26 Jun 2013- Ara Payung
PAS Kawasan Batu Gajah telah menganjurkan majlis tahlil kesyukuran baru-baru ini bertempat di rumah Puan Fauziah Ketua Jentera Pilihanraya Muslimat Batu Gajah.
Majlis ini dilengkapi dengan kehadiran YB Radzi Zainon untuk bersama mendoakan kejayaan jentera PAS Bartu gajah baik daripada aspek siasah dan kerja dakwah kebajikan yang kerap dilaksanakan.
Selepas itu YB Radzi menyertai majlis Ceramah Perdana bersama YB Dato' Mahfuz Omar juga bertempat di perkarangan halaman rumah Puan Fauziah. 
Dalam ceramah, YB menceritakan pahit manis perjuangan sepanjang mendepani PRU-13 yang lalu. Penghargaan yang tidak terhingga diungkap oleh beliau kepada para petugas dan pengundi yang menyokong kepimpinan beliau.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat