Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 29 November 2012

Malam ni gegorkan Batu Gajah bersama Nurul Izzah, Nizar, Nga Kor Ming !

Bersama barisan pimpinan hebat

Sebelum tu kita datang Liqa dulu.. hehe


Rabu, 28 November 2012

Ustaz Radzi datang baru dapat lampu



ARA PAYONG: Terima Kasih Ustaz Radzi Zainon! Itulah yang diungkapkan oleh seorang wakil penduduk Kg Bendera selepas pemasangan lampu jalan di kampung tersebut.

Halil berkata, penduduk kampung itu telah mengadu sejak sekian lama dan sudah bertemu wakil Adun, Kak Midah termasuk ketua kampungtentang permasalahan tersebut.

Menurutnya, beliau juga telah bertemu dengan Menteri Besar, Dato' Zambry di satu majlis untuk mengadu masalah itu namun ianya tidak memberi tanda positif.

Namun katanya, setelah Ustaz Radzi bersama Skuad PAS Batu Gajah meninjau permasalahan penduduk setempat, barulah Adun Sungai Rapat, mengambil tahu tentang masalah itu.

"Dan inilah hasilnya selepas pihak PAS datang meninjau masalah rakyat," katanya selepas lampu siap dipasang.





Kata beliau, pembikinan video permasalah rakyat yang dibuat oleh PAS telah memberi kesan yang baik dan ianya telah membuka mata pihak berwajib.

Tahniah Ustaz Radzi Zainon.. Kak Midah, berundurlah!

Khamis, 22 November 2012

Kak Midah pinggirkan rakyat

Baru-baru ini, Skuad Perakite Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Gajah meneruskan program santuni dan ziarah rakyat di sekitar Kg Muhibbah, UPU Ara Payong.

Rombongan  tersebut disertai oleh pimpinan pemuda dan turut bersama ialah calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon.

Pelbagai rintihan rakyat dapat didengar daripada pelbagai kaum yang ada di kampung tersebut. Pemuda PAS Batu Gajah turut membaiki rumah serta menukar atap.

Hasil tinjauan Pemuda PAS Batu Gajah, masih ada yang tidak mempunya geram dan ini menjadi persoalan adakah kata-kata Kak Midah yang mengatakan DUN Sungai Rapat sifar setinggan adalah benar atau cuma retorik.

Mungkin Kak Midah akan kata dalam proses, namun sampai bila? nak tunggu dah nk dekat pilihanraya?

Terdapat juga penduduk-penduduk daif dipinggirkan dan keadaan rumah mereka amat memilukan.

Hasil usaha Pemuda PAS Batu Gajah, akhirnya berjaya membantu beberapa buah rumah untuk membaiki rumah.

Harap pihak yang bertanggungjawab turun padang melihat permasalahan ini.

Jika dilihat dalam suasana sekarang, Kak Midah seakan akan slow, adakah kedudukannya tergugat dalam PRU13 ni? 



Seorang penduduk India mengadu permasalahan mereka

Ustaz Radzi Zainon meninjau kerja-kerja baik pulih rumah



Masih tidak mendapat geran.. kita tanya SM tu apa? mereka kata SM tu Sampai Mati, Sampai Mati nak tunggu geran.

Ustaz Radzi santuni rakyat di sebuah gerai

Ustaz Radzi menghulurkan sumbangan kepada seorang warga tua

Rabu, 7 November 2012

Pampasan pon leboh? sapa bedal???




Oleh Afix Redzuan (Selangorku)

KUALA LUMPUR, 7 NOV – PAS Perak menubuhkan satu ‘Sekretariat Jejak’ bagi mencari bekas kerahan dan waris rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan maut sepanjang 415km Siam ke Burma pada perang dunia kedua 1942-1946.

Sekretariat ini dipengerusikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menuntut penjelasan kerajaan berhubung pampasan ‘Wang Darah’ yang diberikan oleh kerajaan Jepun sebagai ganti rugi berjumlah RM207 bilion.

Menurutnya, terdapat satu nota yang disahkan oleh Gabenor Bank Negara bertarikh 13 Disember 2004 berhubung jumlah dana bernilai RM207 bilion.

Justeru, Nizar menuntut satu penjelasan adakah nota berkenaan sahih dan mempunyai kaitan dengan wang berkenaan.

“Ada surat-surat tertentu yang dikeluarkan Kementerian Kewangan kepada persatuan yang mengesahkan wang tersebut dalam simpanan mereka (kerajaan).

“Misalnya surat bertarikh 29 Mac, satu memo daripada Kementerian Kewangan kepada Pengerusi Persatuan Bekas dan Waris Buruh menyatakan bahawa sejumlah RM207 bilion itu diangkat untuk kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan peringkat Sumber Manusia.
“Perkara ini disahkan Menteri Kewangan, (wang) masih dalam simpanan. Kalau masih disimpan mengapa tidak diberikan kepada rakyat?” soal Nizar.

Menurut Nizar, seramai 72,000 rakyat Malaya pada ketika itu dikerah dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dijejaki.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946.

Mengikut pecahan, jumlah 30,000 ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain. Sekiranya mereka masih hidup, umur mereka di antara 80 hingga 85 tahun.
Jika wang berkenaan diagihkan kepada 30,000 bekas buruh dan waris, mereka bakal menerima pampasan bernilai hampir RM3 juta setiap seorang.

Pada 27 Julai 2011, pihak persatuan menulis satu surat kepada kerajaan bagi menanyakan status wang tersebut dan dimaklumkan bahawa wang itu diserahkan kepada Perbendaharaan Negara.

Jelas Nizar, beliau turut membangkitkan perkara ini pada sesi penggulungan Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat namun tidak dijawab oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Husni Mohd Hanadzlah.

Hadir sama ialah Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri iaitu Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Salman Saleh, Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh



Ahad, 4 November 2012

Batu Gajah dilanda banjir!

Batu Gajah hari ini dilanda banjir di beberapa buah tempat sekitar pekan Batu Gajah. Antaranya di hadapan stesyen minyak BHP jalan masuk jambatan Sungai Terap sehingga kereta tidak boleh melaluinya.

Satu lagi di hadapan SK Sultan Yussuf dan SK Convent. Ianya dipercayai disebabkan aktiviti penerbagan pokok untuk melaksanakan projek Batu Gajah Sentral bersebelahan SK Sultan Yussuf!

Beberapa buah rumah ditenggelami air di Ara Payong. Diharapkan Kak Midah g jenguk dan hulurkan bantuan.









Kelmarin banjir turut berlaku di tempat yang sama. Turut banjir ialah di beberapa buah rumah di Kampung Batu Satu Jalan Tanjung Tualang.


Kepada pemilik rumah yang berisiko banjir dinasihatkan sentiasa berada dalam keadaan berjaga jaga.!



Banjir Nih! Mana Kak Midah?


Kampung Jerneh, Batu Gajah terletak dalam DUN Sungai Rapat. Pada 2/11/2012, lebih kurang 8.30pm telah berlaku banjir kilat di Kampung Jerneh akibat hujan lebat di kawasan itu. Oleh kerana kampung itu tidak mempunyai longkang, maka air di sekeliling kawasan itu telah memasuki beberapa rumah pada malam tersebut. Inilah pertama kali air masuk hingga ke dalam rumah. Sebelum ini, jika berlaku hujan lebat air hanya sampai ke kaki lima rumah-rumah di kampung itu. Tetapi, kali ini air telah memasuki ke dalam rumah dan merosakan harta benda penghuni-penghuni di situ.

Menurut Rajkumar (48), air hanya surut lebih kurang pada pukul 3.00 pagi. Beliau berasa sungguh kesal kerana tidak ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan walaupun perkara itu dibawa kepada perhatian Majlis Daerah Batu Gajah beberapa kali. Beliau pernah menghantar surat sebanyak 2 kali berhubung dengan perkara ini. Selain daripada itu, beliau juga telah berulang-alik ke Majlis Daerah Batu Gajah beberapa kali tetapi tidak ada apa-apa respon daripada mereka.

Rajkumar berasa kecewa kerana alasan yang diberikan oleh Majlis Daerah Batu Gajah ialah tidak ada peruntukan untuk membina longkang di Kampung Jerneh. Tetapi, pihak kerajaan tempatan itu mengutip cukai pintu tiap-tiap tahun. “Ini adalah tanggungjawab kerajaan tempatan. Perkara ini perlu diambil perhatian serius. Jangan memberi alasan yang tidak munasabah seperti tidak ada peruntukan. Jika tidak ada peruntukan, mohon dari kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan”, kata beliau.

“Jika masalah kecil seperti ini pun tidak ada peruntukan untuk diselesaikan oleh Majlis Daerah Batu Gajah, di manakah wang kutipan cukai itu dibazirkan tiap-tiap tahun?”, tanya beliau lagi.  Saya boleh buktikan di manakah wang rakyat dibelanjakan secara sewenang-wenangnya oleh Majlis Daerah Batu Gajah. Ratusan ribu ringgit dibelanjakan dalam projek-projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat. Saya sedia mendedahkan semua projek-projek yang boros itu jika Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri  yang bertanggungjawab untuk Kerajaan Tempatan iaitu Dato’ Dr Mah Hang Soon bersedia untuk mengadakan dialog bersama rakyat di Batu Gajah.

Penduduk Kampung Jerneh berada dalam kesusahan tetapi wakil rakyat daripada pihak kerajaan masih belum turun padang untuk berjumpa dengan mereka lagi. Inikah sikap wakil rakyat yang prihatin? Beginikah caranya ‘rakyat diutamakan’. Masalah ini boleh diselesaikan jika wakil rakyat kerajaan mahu mengunakan peruntukan  ADUN yang diberikan kepadanya. Tetapi, adakah beliau sudi membantu rakyat atau terlalu sibuk dengan masalah dalaman parti politiknya?

Saya bersama dengan ahli-ahli DAP Batu Gajah telah melawat mangsa banjir di Kampung Jernih. Mereka merungut bahawa tidak ada mana-mana pihak yang turun menghulurkan bantuan kepada mereka. Saya sungguh berharap wakil rakyat kerajaan turun padang untuk selesaikan masalah di kawasan itu, jangan sampai ‘rakyat dimangsakan’ lagi. 

Sabtu, 3 November 2012

Lampu, Jalan TAR pun takde walaupun dah 55 tahun merdeka!


Penduduk RPA Bemban membuat aduan bahawa mereka terpaksa tinggal di rumah kediaman yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti jalan tar di hadapan rumah. 

RPA Bemban wujud lebih daripada 50 tahun, tetapi sehingga hari ini tidak ada jalan tar di hadapan rumah mereka. Mereka tidak pernah didatangi oleh pemimpin-pemimpin BN untuk menghulur bantuan dengan menyelesaikan masalah tersebut. 

Mereka sudah bosan mengadu perkara ini kepada pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin tempatan. Selain daripada jalan tar, kawasan RPA Bemban juga tidak mempunyai lampu jalan.

Ini menyebabkan kawasan itu amat gelap pada waktu malam. Perkara ini juga tidak diberi perhatian oleh mana-mana pihak selama ini. Penduduk RPA Bemban risau tentang keselamatan di kawasan itu. Mereka merayu kepada pihak kerajaan untuk membantu memasang lampu jalan untuk keselamatan dan kebaikan semua. 

YB V. Sivakumar bersama ahli-ahli DAP Batu Gajah telah membuat lawatan ke kawasan itu untuk melihat keadaan yang sebenar. YB V. Sivakumar akan membawa perkara ini kepada perhatian Pejabat Pembanguan Luar Bandar  Batu Gajah dengan segera. 

Beliau berjanji bahawa jika kerajaan BN gagal menyelesaikan masalah ini, Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 akan pasti menyelesaikan masalah kawasan tersebut.