Penduduk RPA Bemban membuat aduan bahawa mereka
terpaksa tinggal di rumah kediaman yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti
jalan tar di hadapan rumah.
RPA Bemban wujud lebih daripada 50 tahun, tetapi
sehingga hari ini tidak ada jalan tar di hadapan rumah mereka. Mereka tidak
pernah didatangi oleh pemimpin-pemimpin BN untuk menghulur bantuan dengan
menyelesaikan masalah tersebut.
Mereka sudah bosan mengadu perkara ini kepada
pihak berkuasa dan pemimpin-pemimpin tempatan. Selain daripada jalan tar,
kawasan RPA Bemban juga tidak mempunyai lampu jalan.
Ini menyebabkan kawasan
itu amat gelap pada waktu malam. Perkara ini juga tidak diberi perhatian oleh
mana-mana pihak selama ini. Penduduk RPA Bemban risau tentang keselamatan di
kawasan itu. Mereka merayu kepada pihak kerajaan untuk membantu memasang lampu
jalan untuk keselamatan dan kebaikan semua.
YB V. Sivakumar bersama ahli-ahli
DAP Batu Gajah telah membuat lawatan ke kawasan itu untuk melihat keadaan yang
sebenar. YB V. Sivakumar akan membawa perkara ini kepada perhatian Pejabat
Pembanguan Luar Bandar Batu Gajah dengan
segera.
Beliau berjanji bahawa jika kerajaan BN gagal menyelesaikan masalah
ini, Kerajaan Pakatan Rakyat selepas PRU 13 akan pasti menyelesaikan masalah kawasan
tersebut.
1 ulasan:
dengar la labun si siva tu...dia wakil rakyat dia la kene selesaikan...masa perintah dulu nape x buat...padahal bknnye jauh sgt dr opis dia kat tmn saujana tu
Catat Ulasan