demokrasi93.blogspot.com
KUALA SELANGOR - Kewujudan DAP Melayu wujud sejak 25 tahun lalu apabila berjaya melahirkan beberapa pemimpin DAP Melayu berwibawa dan berintegriti seperti Mohd Fadzlan Yahya, Ahmad Noh dan terkini Senator Tunku Aziz.
Ahli Jawatankuasa DAP, Azli Idris berkata, DAP Melayu bukan kes terpencil kerana orang Melayu memang semakin berminat menyertai DAP kerana perjuangannya realistik, tidak mengamalkan kronisme serta nepotisme dalam parti.
Menurutnya, pihaknya sering mengadakan pasukan yang dinamakan “Team Building” bagi mengukuhkan lagi parti itu supaya setiap masalah yang timbul antara ahli pelbagai kaum dalam parti berkenaan diselesaikan secara musyawarah.
“DAP juga selalu menyokong segala apa dasar yang dibawa oleh Pas dan PKR demi kepentingan Pakatan Rakyat bukannya untuk peribadi kami sepertimana UMNO yang sentiasa menggunakan kepentingan peribadi bagi mencari kekayaan mutlak mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak, Datuk Warno Dogol dalam Sinar Harian S20 edisi 8 Oktober lalu yang mengatakan DAP Melayu adalah kes terpencil.
Mengulas dakwaan Warno bahawa orang Melayu akan diperkuda seperti di Selangor dan Perak jika DAP menang, beliau yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kenyataan tidak tepat.
“Sekiranya Melayu DAP menjadi Menteri Besar ianya adalah satu sejarah yang patut dibanggakan kerana bukan senang orang Melayu di terima oleh sebuah parti majoriti kaum Cina dengan memberi kepercayaan kepada Melayu DAP memimpin mereka.
“Inilah kelebihan Melayu DAP yang akan memperjuangkan semua hak kaum di negara ini dan kepentingan bangsa Melayu serta agama Islam tetap dipelihara.
Katanya, Melayu DAP juga adalah orang Islam yang bersolat lima waktu, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengamalkan ajaran Islam lain.
“Tidak ada hadis atau nas dalam al-Quran yang menyatakan bangsa Melayu yang masuk DAP perlu bertaubat.
“Saya rasa Datuk Warno dan kroni-kroninya yang patut bertaubat kerana selama ini telah banyak melakukan kemusnahan dan kehancuran kepada negeri dan rakyat Selangor,” katanya. sinarharian
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan