Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 20 Oktober 2009

Bubar DUN jika BN ikut peraturan- Datuk Ngeh Koo Ham

demokrasi93.blogspot.com


IPOH – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menggesa Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika mereka benar-benar mengikut peraturan.

Koo Ham berkata, bagaimana mereka (Barisan Nasional) boleh mengatakan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ketika ini diterajui oleh barisan kepimpinan yang sah sedangkan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) dirampas secara tiba-tiba.

Menurutnya, tindakan mengguling PR seolah-olah mengetepikan hak dan kepentingan rakyat termasuk soal amanah serta kepercayaan kepada pemimpin di negeri ini.

“Dalam kenyataannya, Najib mengakui bahawa ada proses yang masih belum selesai, sebab itulah kita mahu beliau selesaikan segera demi meleraikan kekusutan politik negeri ini.

“Jika benar BN mengutamakan rakyat sebagaimana perjuangan gagasan 1Malaysia, maka kesudahannya adalah di tangan rakyat, kembalikan hak mereka untuk memilih pemimpin, bukannya dibiarkan terus berlarutan begini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Koo Ham mengulas kenyataan Najib dalam Sinar Harian semalam yang mahu Sidang DUN 28 Oktober ini dipatuhi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dilaksanakan mengikut peraturan dan undang-undang kerana pemerintahan BN di Perak sah di sisi undang-undang.

Menurutnya, Pakatan sejak dari awal hingga sekarang mengikut segala garis panduan dan perlembagaan yang ditetapkan dalam Undang-undang Tubuh Negeri dan Perintah-perintah Tetap tetapi tidak di pihak BN.

“Begitu juga dengan sidang DUN 28 Oktober ini, Najib telah memberi amaran kepada ADUN PR supaya datang dan jangan sesekali membuat sebarang kekacauan sebagaimana berlaku sebelumnya.

“Walhal mereka perlu ingat disebabkan tindakan mereka inilah menjadikan Perak tidak tentu arah dan kehidupan rakyat dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang perhatian sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata, BN terus mempertahankan Datuk R Ganesan sebagai speaker yang sah sedangkan dia (Ganesan) tidak pernah dipilih atau dilantik mengikut saluran ditetapkan dan malah mahkamah juga mengumumkan tidak boleh campur tangan dan hanya boleh diselesaikan dalam dewan.

Sehubungan itu, Ganesan juga telah gagal untuk mengangkat sumpah jawatan pada tarikh 7 Mei lalu sebagaimana diperlukan dalam perkara 36A (1A), tapi jika sah sekalipun jawatan Ganesan sudah sendirinya terlucut kerana dia gagal mengundurkan diri sebagai peguam dalam tempoh tiga bulan seperti termaktub dalam perkara 36A (5) dalam Perlembagaan Perak.

“Justeru, saya nasihatkan Najib dan Zambry supaya mereka dulu yang ikut peraturan, barulah betul, sebelum orang lain mengikutinya kerana segala-galanya bermula dari mereka, ”katanya.

Tiada ulasan: