Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 8 Oktober 2009

Undi PAS dapat pahala, Undi Barisan dapat bala - Tokguru Nik Aziz

demokrasi93.blogspot.com


BAGAN PINANG, 9 Oktober - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mengundi Umno-BN dalam pilihan raya akan mengundang bala dan kesusahan kepada pengundi.

Sambil mengingatkan pengundi Bagan Pinang, beliau menjelaskan bala yang dimaksudkan adalah rasuah yang boleh menjejaskan segala kesenangan dan nikmat yang diberikan Allah kepada rakyat secara umumnya.

"Kepada pengundi di sini, saya ingatkan supaya jangan undi Umno-BN. Macam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kata dalam ucapannya tadi, saya ingin tambah undi bulan dapat pahala, undi barisan (BN), dapat bala," katanya kepada kira-kira 2,000 pengunjung Ekspo Kenali Kelantan di Perkarangan Rumah Pak Din malam tadi.

Dalam pada itu, beliau menyatakan keyakinan kepada pasukan tentera yang menjalankan pengundian pos yang berani melakukan perubahan dan membuat pilihan yang bijak dalam memilih pemimpin pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang ini.


"Askar adalah kumpulan yang berani bertempur dengan peluru, takkan dia tidak berani berdepan dengan segala bentuk rasuah dan sogokan?" tegasnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyelar Umno-BN yang menggunakan sentimen Kelantan tidak mempunyai pembangunan.

"Dia boleh kata Kelantan tiada pembangunan? Apa yang tiada di Kelantan sekarang ini," tegasnya lagi.

Malah tambahnya, berkat usaha tok-tok guru di Kelantan juga telah berjaya mendidik rakyat Kelantan yang dahulunya agak garang menjadi lembut dan sopan.

"Malangnya, mereka ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA," ujarnya.


Beliau memaklumkan terdapat satu usaha untk menerbitkan sebuah buku yang berbentuk kompilasi biodata tok-tok guru yang terkenal ini sebagai rujukan pada generasi akan datang.

Oleh yang demikian tegasnya, tiada sebab kenapa rakyat Kelantan perlu menyokong Umno-BN lagi.


Beliau juga mengambil kesempatan melawat pameran Ekspo Kenali Kelantan yang diadakan sejak 3 Oktober lalu, yang disediakan di perkarangan rumah Pak Din.

Orang ramai terutamanya penduduk setempat mengambil kesempatan untuk mendekati beliau dan merakamkan gambar kenangan tokoh yang berstatus ulama itu.

Tiada ulasan: