Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 5 Oktober 2009

Pas mahu BN hadapi laluan sukar

demokrasi93.blogspot.com

IPOH - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan memperlihatkan persaingan sengit antara kedua-dua parti bertanding dan sudah semestinya ekdua belah pihak akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk memenangi hati rakyat di kawasan berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata, Pas akan memastikan Barisan Nasional (BN) menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kerusi DUN ini, malah Pas amat berkeyakinan penuh dapat memenangi DUN Bagan Pinang pada pilihan raya kali ini.

Menurutnya, keyakinan itu disuarakan hasil sokongan masyarakat setempat dan kerja keras barisan penyokong serta jentera pilihan raya yang sanggup turun dari seluruh pelosok negeri untuk berkampung di sini sepanjang tempoh berkempen sehinggalah ke hari pembuangan undi.

“Dalam masa yang sama kehadiran ribuan penyokong Pakatan Rakyat (PR) mengatasi jumlah penyokong BN memberi gambaran bahawa BN akan berhadapan dengan gelombang perubahan yang dibawa oleh PR.

“Tindakan provokasi melampau penyokong BN memberi kesan negatif kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad,” katanya semasa dihubungi Sinar Harian, semalam.

Fakhrurrazi berkata, Pas Parit Buntar akan menggerakkan jentera pilihan raya bagi membantu Pas Negeri Sembilan bagi menghadapi pilihan raya kecil ini dan rombongan seramai dua puluh penyokong telah dihantar ke majlis penamaan calon pilihan raya kecil berkenaan.

Menurutnya, walaupun media arus perdana memburuk-burukkan penyokong PR tetapi pengundi di Bagan Pinang dapat menyaksikan sendiri gelagat buruk penyokong BN.

Semnetara itu, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional Pas Parit Buntar pula, Hamdan Fadel Ahmad berkata, BN menghadapi ketandusan penyokong sehingga terpaksa menggunakan pemuda India yang kebanyakannya belum boleh mengundi.

“Pemuda ini mungkin pelajar sekolah dibawa dengan beberapa buah bas dan diberi baju T percuma bagi membantu mereka berkempen serta secara tidak langsung BN telah mempergunakan golongan pelajar sekolah untuk berkempen.

“Mereka terpaksa menggunakan pelajar sekolah kerana tidak ada lagi penyokong setia yang rata-rata sudah jemu dan muak dengan permainan BN,” katanya.SINAR HARIAN.

Tiada ulasan: