Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 5 Oktober 2009

DAP bukan hanya berkempen untuk kaum cina sahaja.

demokrasi93.blogspot.com

KUALA LUMPUR - DAP tidak akan menumpukan kempen kepada kaum Cina sahaja pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, walaupun menyedari undi daripada masyarakat ini boleh mengimbangi undi pos yang bakal diperoleh Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, ini kerana kempen kali ini dijalankan secara berpasukan dan akan meliputi kaum India dan Melayu yang menjadi pengundi majoriti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Kita tidak akan khusus kepada undi satu kaum sahaja, kita hendak tukar minda yang hanya cakap dari segi pengundi Cina. Kita mesti melihat dari segi pengundi Malaysia yang berbilang kaum,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Guan Eng berkata, langkah tersebut bertujuan mengubah pemikiran lama yang menganggap sesebuah parti yang diwakili kaum Cina akan hanya fokus kepada masyarakat itu sahaja kerana beliau percaya semua pengundi mengambil berat mengenai isu yang sama tanpa berlandaskan kepada kaum dan agama.

“Saya rasa isu-isu yang mereka ambil berat adalah sama tanpa mengira kaum atau agama iaitu isu rasuah, ekonomi dan isu hak asasi,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau mengakui pilihan raya kecil kali ini adalah satu pertandingan yang sukar buat Pas-DAP-PKR.

Pilihan raya kecil pada 11 Oktober itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mewakili BN dengan calon Pas Zulkefly Mohamad Omar yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan.

komen teman : berusahalah demi kemenangan calon dan kemenangan ISLAM... takbirr... allahuakhbar...

Tiada ulasan: