Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 26 Oktober 2009

Adakah patut adun PR boikot sidang dun???

demokrasi93.blogspot.com

IPOH - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang mungkin tidak akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan pakatan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang...kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN pakatan pembangkang akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap ADUN pakatan pembangkang sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk Adun Barisan Nasional atau pakatan pembangkang. - Bernama

3 ulasan:

pejuang/// berkata...

Memang patut kalian boikot sidang DUN anjuran BN esok. Bukan apa, kome tak malu ker bila kome bersidang kat bawah pokok dan kat hotel tempohari tak de sorang pun orang BN yang hadir.
Apa pun... untuk PAS
Take beer...............

Tanpa Nama berkata...

Bro...., minta Hj Baharom taja bas bawa PAS Batu Gajah berhimpun di SUK esok. Tak pun mana dia 300 biji motor yang YDP PAS Perak lekatkan sticker PEMUDA SESAT BERSAMA PAS di arena square? Longgokkan motor tu kat SUK.
Hua.hua...hua......

Tanpa Nama berkata...

NIK AJIS YDP PENAJA PAS CABANG HOSPITAL BAHAGIA TANJUNG RAMBUTAN....

IDUP NIK AJIS