demokrasi93.blogspot.com
KUALA LUMPUR - Pengurusan Universiti Malaya (UM) didakwa tidak profesional apabila mengambil tindakan tatatertib terhadap lapan mahasiswa kerana mengundang pemimpin politik dari parti pembangkang dalam program anjuran mereka.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pemimpin berkenaan dijemput menjadi juri dalam pertandingan debat dan merasmikan mesyuarat tahunan persatuan, bukannya berdiskusi mengenai politik.
“Hari ini wakil mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Persatuan Bahasa Cina UM hadir menjelaskan kepada Ahli Parlimen mengenai tindakan prosiding yang akan diambil esok terhadap lapan mahasiswa itu.
“Ada juga langkah daripada pelajar Persatuan Cina UM untuk mengadakan perbincangan bersama Timbalan Menteri Pengajian Tingggi, Datuk Saifudin Abdullah bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya di Lobi Parlimen, semalam.
Menurutnya, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga telah menghantar satu memorandum ketidakpuashatian terhadap tindakan UM kepada lapan mahasiswa itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Jumaat lalu.
“Memorandum itu dihantar bagi mendedahkan pencabulan hak asasi oleh pihak universiti dalam menjalankan tugas di kampus,” katanya.
Sementara itu Kementerian Pengajian Tinggi menasihatkan institut pengajian tinggi awam dan swasta meneliti Akta Universiti dan Universiti Kolej (AUKU) yang telah dipinda sebelum membuat sebarang keputusan termasuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap mahasiswa.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sehingga kini, beliau masih belum mendapat taklimat mengenai perkara tersebut dan akan mendapat maklumat terperinci dalam masa terdekat.
“AUKU yang baru membenarkan tokoh politik diundang ke kampus untuk program berasaskan akademik. Kita berharap perkara-perkara demikian akan diambil kira dalam mengadili kes sedemikian.
“Dalam cara mengadili mahasiswa kita harus melihat kepentingan mahasiswa itu didahulukan dan undang-undang hanya dilaksanakan bila diperlukan,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan