demokrasi93.blogspot.com
IPOH - Sepanjang tempoh umur Pakatan Rakyat (PR) Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekaligus menjana perubahan landskap politik negeri Perak.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak, Akmal Kamarudin berkata, kerjasama erat yang diperlihatkan dalam PR Perak amat dicemburui parti lawan yakni UMNO.
Menurutnya, suasana ini tidak menyenangkan UMNO menyebabkan mereka tegar untuk melakukan pelbagai tindakan tanpa susila, begitu tertekan telah merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat melalui pilihan raya.
“Sekali gus UMNO telah mencabul suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan berlakunya campur tangan kuasa eksekutif dalam badan kehakiman, kerajaan Perak pimpinan PR yang baru bertunas dan sedang berbakti kepada rakyat telah diracun dengan peras ugut dan rasuah politik.
“Bukan sahaja segala jenis peraturan dan ’standing order’ dewan dilanggar bahkan kedudukan, tempat DUN Perak bersidang telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa, ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia yang rukun dan berdaulat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Akmal berkata, UMNO harus sedar kestabilan politik adalah pemangkin kepada perkembangan ekonomi.
Katanya, pelbagai persoalan yang mungkin akan mewarnai ekonomi negeri Perak akibat dari kezaliman, keegoan, kerakusan, pencabulan undang- undang, rasuah, penipuan media, penafian hak dan banyak lagi, siapa yang berani berlabuh dan berdagang.
“Pilihan rakyat perlu dikembalikan kerana hak rakyat yang bertungkus lumus, bermandi peluh ,menghabiskan wang simpanan dan sebagainya demi untuk memenangkan PR pada PRU 2008, akhirnya UMNO dengan senang lenang merampas kerajaan PR yang diamanahkan rakyat, maka rakyat mula menitiskan air mata mengenangkan perubahan yang mereka lakukan bertemankan pengorbanan sangat tinggi nilainya dinafikan begitu sahaja oleh UMNO.
“Betapa kuat sekalipun cabaran dan ugutan, PAS dan rakan-rakan PR Perak, tetap tidak berganjak, kerjasama erat yang terjalin tetap utuh telah membimbangkan pihak lawan dan disegani oleh kawan,” katanya.
Beliau berkata, kerjasama ini diperkuatkan lagi dengan penubuhan sekretariat pemuda PR Perak secara rasmi kelmarin.
“Sekretariat ini bertekad membawa suara majoriti orang muda Perak yang semakin hari semakin bosan dengan permainan politik kotor BN.
“Perbuatan mereka yang suka mengetepikan hasrat rakyat yang memilih PR sebagai pemegang amanah kerajaan Perak telak menconteng arang di muka mereka sendiri,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan