Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 2 Oktober 2009

PAS Batu Gajah minta MDBG bagi jawapan rasmi

demokrasi93.blogspot.com
dicatat oleh: paeh
BATU GAJAH- PAS Batu Gajah mempersoalkan mengapa pihaknya menyewa Arena Square Batu Gajah sehingga hari ini masih belum dijawab.
Setia
usaha PAS Batu Gajah, Razman Mohd Nor (gambar), berkata, pihaknya menghantar permohonan ke pejabat MDBG sebelum hari raya lalu untuk menyewa Arena Square untuk mengadakan jamuan Aidilfitri. "Saya bertanyakan pada pihak itu dan memilih 18 0ktober nanti sebagai tarikh untuk kami adakan jamuan Aidilfitri namu apa yang mengcewakan pihak terbabi masih belum memberikan jawapan rasmi.
"Pada hari Selasa dan Rabu lalu pihak kami pergi ke pejabat MDBG untuk bertanyakan status permohonanitu namun pulang hampa apabila diberitahu pegawai bermesyuarat serta perkara berkenaan di bawa kepada pengetahuan Pegawai Daerah," katanya lagi.
"Kami masih ternanti-nanti jawapan daripada MDBG berhubung permohonan tersebut memandangkan segala persiapan perlu dilakukan dengan segera sebelum majlis itu diadakan.
Razman berkata pihaknya mendengar cerita, permohonan itu ditolak tanpa sebab. " Jamuan terbabit diadakan bertujuan meraikan rakyat di Batu Gajah kerana memberikan sokongan kepada PAKATAN RAKYAT dan kami juga turut menjemput golongan fakir miskin dan anak yatim malah semua kaum dijemput hadir," katanya lagi.

Tiada ulasan: