Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 5 Oktober 2009

Projek sakit dan terbengkalai di Port Dickson


Photobucket

NAIKTARAF JALAN PORT DICKSON PASIR PANJANG

Projek Penglebaran dan Menaiktaraf Jalan Port Dickson ke Pasir Panjang telah lama terbiar, terbengkalai. Ciri-ciri keselamatan tidak mengikut piawaian dalam kontrak. Kemalangan sering berlaku dan adakalanya mengakibatkan kematian. Pengguna-pengguna jalan tersebut terpaksa mangambil risiko tiap-tiap kali menggunakannya, terutamanya di waktu malam.


Photobucket

MASALAH RAKYAT DI RUMAH RAKYAT TELOK KEMANG

Masalah berlarutan yang dihadapi penduduk di kawasan ini ialah berhubung dengan projek menaiktaraf Laluan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi (Seksyen 2) sebuah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang telah terbengkalai lebih dari 5 tahun serta kerja-kerja menggantikan paip air oleh Jabatan Bekalan Air NSDK yang didapati betul-betul berada tidak sampai 10 meter dari pintu masuk rumah penduduk.

Photobucket

Photobucket


Photobucket

Photobucket




KEKOTORAN PANTAI PORT DICKSON


Blue Lagoon Kini Bertukar Jadi Black Lagoon?
Pantai Blue Lagoon di Tanjung Tuan (sebelum ini dikenali sebagai Cape Recardo), pantai peranginan termasyhur yang sering diperkatakan para pelancong dalam dan luar negara suatu ketika dahulu, kini menghadapi pencemaran yang cukup menyedihkan

Selain itu, pencemaran ini turut berpunca dari jenayah alam sekitar yang dilakukan dalam projek Pembangunan Semula Kem Segenting Bagi Kegunaan Kolej Tentera Darat di Pantai Segenting yang letaknya hanya kira-kira 500 meter dari kawasan Blue Lagoon.

Tiada ulasan: