Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 13 Oktober 2009

PAKATAN RAKYAT Perak konsisten, tidak akan hadir sidang DUN


demokrasi93.blogspot.com
Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar
Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri
persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil
oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua
ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang
akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak
sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh
Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat
tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang
berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya
ketika dihubungi Hakahdaily.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan
Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan
notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.

Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memberitahu,
pihaknya belum menerima apa-apa notis setakat ini.

"Kami tidak menerima apa-apa surat lagi setakat hari ini. Tapi
kalau kami terima notis pun, kami memang tidak akan hadiri
persidangan."katanya lagi.

Sementara itu, ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang
turut dihubungi Harakahdaily berkata, DUN Perak hanya
mempunyai seorang speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan
mereka hanya akan mendengar arahan daripada beliau, bukan
dari Ganesan.

Ujar beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, ADUN Pakatan
Rakyat tidak akan sesekali bersekongkol dengan speaker yang
tidak sah di sisi undang-undang.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram,
tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan
V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah
seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Sidang dun tergempar selepas BN merampas Perak diadakan di
bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada 7 Mei lalu, sidang dun kedua diadakan. Bagaimanapun sidang
dun itu berlangsung dalam suasana yang kecoh apabila Adun BN
termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mahu
mematuhi arahan speaker Pakatan V. Sivakumar termasuk Ganesan
yang bertindak mengambil tempat Sivakumar.

Selepas itu, Sivakumar memanggil satu lagi sidang dun yang hanya
dihadiri oleh Adun Pakatan diadakan di Hotel Heritage dengan
meluluskan tiga usul.

Persidangan itu diadakan di situ selepas polis menghalang Sivakumar
dan 26 Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan Negeri yang
terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar menegaskan, sidang dun yang diadakan itu tetap sah di sisi
undang-undang.

Tiada ulasan: