Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 23 Oktober 2009

Kelab Penyokong jadi sayap Pas tahun depan

demokrasi93.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Pas yakin cadangan menyerap fungsi Kelab Penyokong Pas (KPP) sebagai sayap kepada parti itu akan menjadi kenyataan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi membincangkan cadangan tersebut kini melalui peringkat akhir untuk mengemukakan draf cadangan tersebut dan dijangka akan dibentangkan pada Muktamar parti itu tahun depan.

"Sebelum ini Pas telah menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk melihat untuk mengkaji dan meneliti cadangan menjadikan KPP sebagai sayap parti terutama melibatkan aspek teknikal termasuk mengkaji masalah daripada sudut perundangan.

“Saya berpendapat, di atas semangat untuk melihat kelab ini menjadi sayap itu akan menjadi satu kenyataan,” katanya kepada Sinar Harian di lobi Parlimen, semalam.

Ditanya mengenai perkembangan terkini KPP, Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, setakat ini, sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana mempunyai lebih 200,000 ahli.

“Berdasarkan kepada perkembangan yang sangat positif ini maka kita mengambil kira tindakan proaktif dengan menempatkan mereka dan memberikan hak bersesuaian dengan peranan kelab penyokong pada hari ini,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas, Dr Mujahid Yusof dilaporkan berkata, beliau berharap cadangan untuk menjadikan KPP sebagai sayap parti itu, akan menjadi kenyataan tahun depan.

Dr Mujahid berharap draf cadangan tersebut dapat diluluskan hujung tahun ini, seterusnya dibincangkan dan diputuskan dalam Muktamar Pas 2010.

Tiada ulasan: