Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Sabtu, 31 Oktober 2009

Dr Asri kesal difitnah hina ulam

posted by paeh

mufti_perlis

DAMANSARA - Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kesal dengan tindakan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) yang memfitnah dan menjatuhkan imejnya dalam satu memorandum bantahan bertarikh 12 Oktober lalu.

Beliau berkata, memorandum itu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan ditandatangani Pengerusi PGSM, Mohamad Isa Abd Ralip yang turut disertai 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana membantah jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diberikan kepadanya.

Menurutnya, antara tuduhan dalam memorandum itu ialah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi dan Imam Ghazali serta tidak mengiktiraf iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Mereka perlu mengemukakan bukti sebelum mengeluarkan tuduhan. Ayat mana yang saya keluarkan menghina atau mencerca ulama, menghina Imam Nawawi dan Imam Ghazali dan menolak solat hajat.

“Ini satu pembohongan yang pastinya mempunyai kaitan individu yang mahukan jawatan Yang Dipertua Yadim,” katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Dr Asri berkata, beliau sebelum ini berasakan Yadim boleh menjadi ruang untuk berdakwah, kini tidak lagi berminat dengan jawatan berkenaan.

“Tetapi setelah memorandum ini dibuat, biarlah saya tidak menerima jawatan berkenaan,” katanya.

Beliau juga hairan mengapa terdapat individu yang menggelar diri mereka sebagai pengamal agama, tetapi masih boleh melakukan pembohongan dengan memburukkan peribadi seseorang.

Ditanya adakah memorandum berkenaan akan menjejaskan reputasi beliau sebagai penceramah dan pendakwah bebas, Dr Asri berkata: “Tidak terjejas langsung kerana saya masih lagi menerima jemputan untuk berceramah dan esok pun saya ada program.”

Memorandum itu turut mendakwa Dr Asri dan pengikutnya mencetuskan pelbagai perbalahan dalam kalangan umat Islam kerana mengkritik amalan umat Islam di Malaysia.

Sebelum ini, Dr Asri ditawarkan mengisi jawatan Yang Dipertua Yadim oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dr. Asri dengan selamba memfitnah Imam Jaafar Al-Barzanji kononnya 'Barzanji' yg dikarang itu terdapat kesalahan. Dr. Asri kata, "Imam Barzanji tu bukan satu orang yg hebat sangat..." lebih kurang gini la ayat dia... di youtube ada...

Kalau betul pun dia x stuju dgn Imam Barzanji maka, jangan mudah2 hentam para ulama, beradab la... Imam Barzanji ialah Mufti Syafieyyah di Madinah Al-Munawwarah..

Hati2, daging para ulama beracun...