demokrasi93.blogspot.com
dicatat oleh: paeh
Telok Kemang: calon BE-END di Bagan Pinang, tan Sri Isa Samad mendakwa isu beliau terbabit dalam rasuah politik tidak berbangkit lagi kerana beliau telah pun menjalani hukuman penggantungan keahliannya dalam UMNO selama 3 tahun. Isa Samad juga berkata, beliau bukannya melakukan kesalahan jenayah. sebaliknya, tegas bekas MB Negeri Sembilan itu, beliau hanya melanggar kod etika sewaktu pemilihan pucuk pimpinan UMNO.
"Itulah perkataan yang digunakan - kod etika pemilihan- saya telah menjalani hukuman (penggantungan keahlian) tiga tahun. (Jadi) perkara itu tidak berbangkit lagi," katanya.
Sebaliknya kata Isa, mereka yang disabitkan dalam kesalahan jenayah masih diterima rakyat dan ada yang menjadi ketua menteri dan menteri. Ditanya mengenai kenyataan Tun Mahathir bahawa Isa tidak sepatutnya menjadi calon BN di Bagan Pinang kerana rasuah politiknya, Isa hanya menjawab "Saya senyum".
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan