demokrasi93.blogspot.com
Polis perlu juga siasat pemimpin BN yang punya 'kekayaan melampau'
PORT DICKSON - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia disiasat berhubung dakwaan mempunyai simpanan sebanyak RM3 bilion seperti mana didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid beberapa tahun lalu. Anwar yang juga Ketua UMUM Pakatan Rakyat (PR) berkata, beliau tidak gentar dengan dakwaan itu, tetapi mahu siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki 'kekayaan melampau' “Sila siasat, saya tidak takut, saya juga minta diwujudkan satu suruhanjaya bebas untuk menyiasat kesemua harta yang hilang secara bebas termasuklah siasatan terhadap diri Khairy (Ketua Pemuda UMNO) sendiri terutamanya. “Fitnah ini dibuat sejak 1998 lagi tetapi sehingga sekarang mereka tidak boleh membuktikan apa-apa pun,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri program bersama masyarakat India di Estet Sua Betong di sini, semalam. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menolak dakwaan Khairy bahawa beliau memiliki simpanan dalam beberapa 'master accounts' dan pernah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) tetapi tidak menemui sebarang bukti. “Selama 11 tahun dakwaan seperti ini dibuat, saya tidak takut kerana saya tidak bersalah, yang perlu berasa takut adalah Khairy sebab beliau mampu mengumpul kekayaan sehingga beratus-ratus juta, di mana beliau dapat kekayaan tersebut?” katanya. Khairy sebelum ini meminta polis menyiasat Anwar susulan kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti mana didedahkan Abdul Murad Khalid dalam kenyataan pada tahun 1999. Diminta mengulas peluang calon Pas, Zulkefly Mohd Omar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Anwar yakin dapat menembusi kubu kuat BN kerana sokongan yang ditunjukkan pengundi di situ amat baik sekali.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan