Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 16 Oktober 2009

WAHAI UMNO, DEDAHKANLAH KEPINCANGAN PR- TAN SRI KHALID

demokrasi93.blogspot.com

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggalakkan UMNO mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR) kepada umum.

Beliau bagaimanapun berkata, misi UMNO itu hanya akan menjadi sia-sia kerana tiada sebarang kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran PR sehingga hari ini.

“Dedahkanlah... Tapi kita rasa mereka tidak dapat apa-apa hasil kerana tidak ada sebarang kepincangan yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO kelmarin yang mahukan kepincangan dalam pentadbiran negeri di bawah kerajaan PR didedahkan kepada umum.

“Sebaliknya kita akan terus mendedahkan kepincangan Barisan Nasional (BN) dan mereka akan berhadapan dengan tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan PR sentiasa menghayati aspek ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menguruskan pentadbiran di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, Kerajaan Negeri akan membentangkan cadangan untuk mewujudkan polis tempatan atau pasukan komuniti dalam Baget 2010 bagi mempertingkatkan aspek keselamatan di negeri ini.

Menurutnya, sebahagian daripada kewangan negeri akan digunakan bagi keperluan meningkatkan ciri-ciri keselamatan dan mengurangkan kadar jenayah.

“Rakyat merasakan aspek keselamatan merupakan masalah terbesar di negeri ini jadi kita akan peruntukan sebahagian daripada kewangan negeri untuk mengatasi masalah ini.

“Kita juga akan cadangkan supaya polis tempatan dan pasukan komuniti diwujudkan supaya kawalan di kawasan kediaman dapat dipertingkatkan,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), semalam.

Abdul Khalid berkata, pihak Kerajaan Negeri juga akan mengadakan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengenalpasti kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.

“Perbincangan bersama pejabat daerah dan PBT akan diadakan untuk mengenalpasti kawasan-kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi,” katanya.

Tiada ulasan: