demokrasi93.blogspot.com
SEREMBAN – Kemenangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi, bukannya kemenangan Barisal Nasional (BN), kata Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Loke Siew Fook.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak berkata, pengundi di kawasan itu masih terhutang budi terhadap jasa dan kepimpinan Mohd Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.
Katanya, walaupun Mohd Isa pernah dikaitkan dengan politik wang namun masih tidak mampu mengubah pendirian pengundi di kawasan tersebut terhadap bekas Naib Presiden UMNO itu.
“Kemenangan Mohd Isa bukan disebabkan BN, tetapi kemenangan peribadi. Kita yakin pengundi masih terhutang budi dengan segala jasa dan kepimpinan serta sikapnya yang mendekati masyarakat. Kita akur jika itu pilihan rakyat," katanya.
Menurutnya, walaupun kecewa dengan kekalahan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti yang lebih rendah namun Pakatan Rakyat (PR) melihatnya sebagai satu pengajaran.
Beliau berkata, kemenangan Mohd Isa juga pasti akan memberikan kesan 'dinamik politik' kepada BN di negeri itu kerana beliau seorang yang berpengalaman dan berpengaruh.
“Selaku bekas Menteri Besar dan anggota Kabinet sudah tentu beliau akan memberikan kesan politik dalam kerajaan negeri dari masa ke semasa.
“Bila perubahan itu akan berlaku, sama ada ia bakal berlaku dalam masa terdekat atau sebaliknya saya tak dapat nak pastikan dan katakan, namun kita tunggu dan nantikanlah,” katanya.
Ketika ditanya kemungkinan akan berlaku perubahan dalam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Siew Fook enggan membuat spekulasi sebaliknya hanya menunggu sebarang perubahan.
“Terlalu awal untuk mengatakannya dan membuat sebarang spekulasi, namun saya ucapkan tahniah kepada Mohd Isa atas kemenangannya dan jalankanlah tanggungjawab yang diberikan rakyat,” katanya.
paeh: si pendek mahu merampas kembali jawatan MB daripada Hassan... ekekeke... rasuah oh rasuah....
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan