demokrasi93.blogspot.com
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam. Beliau berkata, berdasarkan pengalaman lalu, Pas juga pernah mengalami kekalahan di Kelantan tetapi mampu bangkit kembali pada pilihan raya berikutnya. “Kita kalah tak apa. Kelantan pun pernah kalah. Berapa kali kalah. Akhirnya kami hidup balik. Kalah atau memang itu kerja perjuangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan Pasar raya Nirwana Maju di Bandar Kubang Kerian Baru dekat sini, semalam. Beliau berkata, Pas menghadapi tentangan yang kuat daripada UMNO pada pilihan raya kecil kali ini. “Cengkaman UMNO terhadap Pas terlalu kuat. Lagipun kami tidak ada radio, kami tidak ada surat khabar perdana. “Tetapi manusia akhirnya akan faham. Sebab itulah saya minta mereka datang sendiri ke Kelantan. Biar mereka bertanya khabar kaum Cina, India Kelantan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan Pas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, semalam. Calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar gagal dalam usaha menawan DUN Bagan Pinang apabila tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti 5,435 undi. Mengulas mengenai beberapa insiden yang berlaku sepanjang tempoh berkempen pada pilihan kecil itu, Nik Abdul Aziz berkata, beliau amat dukacita dengan kejadian yang berlaku. Katanya, kejadian seperti itu pernah berlaku di Kelantan pada era 60-an yang mana kejadian tumbuk-menumbuk dan pergaduhan turut berlaku. “Dua malam saya di sana. Saya dukacita dengan apa yang berlaku macam berlaku tahun 60-an dulu. Pukul dan bertumbuk. “Ini menunjukkan pihak tertentu di Negeri Sembilan ini terkebelakang. Saya dukacitalah. Mengundi ni bebas. Macam kita pergi market (pasar). Kita bebas pilih dan beli sayur, beli buah," katanya
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan