demokrasi93.blogspot.com
KUALA LUMPUR – Pas yakin Seminar Memperkasa Parti yang akan diadakan 7 November ini lebih efektif dalam usaha memperkukuh parti berbanding mengadakan Muktamar Khas (EGM) yang dicadangkan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, seminar itu lebih terbuka dan memberi peluang bukan sahaja ahli bahkan kepada orang luar menyuarakan pendapat, kritikan dan pandangan berbanding EGM yang hanya terbuka kepada ahli sahaja.
Katanya, seminar itu juga membuktikan bahawa Pas adalah sebuah parti yang terbuka dan sedia menerima segala kritikan dan pandangan orang luar dalam meningkatkan prestasi parti.
“Di dalam seminar ini, kita mengadakan perbincangan menyeluruh. Kalau EGM atau Muktamar khas, kita akan bincang secara tertutup yang disertai oleh ahli parti sahaja,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di sini semalam.
Dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat bersama barisan pesuruhjaya negeri yang berlangsung lebih empat jam, malam kelmarin turut melantik Salahuddin sebagai Pengarah Seminar Memperkasa Parti.
Seminar itu dijadualkan berlangsung pada 7 November ini di Dewan Datuk Fadzil Nor, Markaz Tarbiyah Pas, Taman Melewar Gombak bermula jam 9 pagi dan dijangka tamat pada jam 6 petang.
Kira-kira 1500 perwakilan seluruh negara dijangka hadir.
Menurutnya, matlamat seminar itu juga bagi menegaskan bahawa Pas akan memperkasakan kedudukan dan peranannya untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).
“Apa yang hendak dicapai dalam seminar ituuntuk mempertegas bahawa Pas akan memperkasakan kedudukan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Ini akan melenyapkan segala persepsi dan tuduhan yang dimainkan oleh pihak tertentu kononnya Pas tidak serius dan tidak begitu berminat untuk bersama PR,” Katanya.
Katanya, Pas juga akan menyediakan satu platform yang sesuai kepada pihak luaran parti yang berminat untuk memberi pandangan dan kritikan terbuka dalam seminar ini.
“Dalam seminar ini satu slot diberikan kepada pihak luaran parti. Kita akan menjemput tokoh akademik, badan bukan kerajaan dan personaliti tertentu bagi memberi peluang kepada mereka memberi pandangan tentang tentang masa depan, prestasi parti.
“Kita tidak menolak kemungkinan pakar undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari akan dijemput sebagai salah seorang panel dalam seminar ini bagi memberi peluang memberi pandangan dan kritikan nya secara terbuka,” katanya.
Ketika ditanya sama ada Nik Aziz kecewa dengan keputusan menolak EGM diadakan, beliau berkata, perkara itu tidak timbul sama sekali memandangkan keputusan dicapai sebulat suara.
“Tidak benar sama sekali. Dia (Nik Aziz) berada pada mesyuarat malam tadi (kelmarin) dan keputusan juga telah dipersetujui olehnya. Ini keputusan sebulat suara untuk kita adakan Seminar Memperkasa Parti.
“Bahkan dalam mesyuarat juga tidak timbul isu ‘dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah’ dan kita juga menetapkan memberi jaminan isu Kerajaan Perpaduan Pas dan UMNO tidak akan timbul sama sekali,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan