demokrasi93.blogspot.com
IPOH - Pas Tambun kesal dengan Program Deko Bersama Puteri UMNO Tambun yang didakwa telah memperalatkan golongan miskin dan ibu tunggal.
Setiausaha Pas Tambun, Ahmad Khair Faizal Yahaya berkata, pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu yang dilihat mempunyai kepentingan politik.
Menurutnya, program yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail, di rumah seorang ibu tunggal di Taman Meru 1B baru-baru ini dilihat turut menghina serta mengaibkan ibu tunggal itu dan anak-anaknya.
“Mengikut program berkenaan, rumah yang terpilih akan dicat serta dihias semula sempena sambutan Aidilfitri lalu.
“Bagaimanapun, apa yang dilakukan mereka (Puteri UMNO Tambun) adalah hanya sekadar mengecat bahagian hadapan rumah sahaja dan ini sekali gus telah memburukkan lagi keadaan rumah berkenaan.
“Tindakan itu jelas mengaibkan ibu tunggal terbabit dan diharap agar pihak berkenaan membuat tindakan susulan bagi menyelesaikan projek yang tergendala ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Tinjauan Pas cawangan Taman Meru baru-baru ini mendapati bahawa rumah berkenaan terlalu uzur dan tidak sesuai untuk dicat semula.
Ibu tunggal itu juga mendakwa bahawa beliau telah berkali-kali mendesak agar rumahnya dibaikpulih, namun hampa apabila wakil dari Puteri UMNO Tambun datang memujuknya agar bersetuju dengan program Deko berkenaan.
“Adakah YB Nadzri tidak mendapatkan maklumat awal sebelum program ini dilaksanakan, adakah beliau tidak sedar atau langsung tidak dimaklumkan Puteri UMNO bahawa rumah ini telah reput dan tidak sesuai langsung untuk dicat,” katanya.
Beliau turut menggesa Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal serta pihak Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) meninjau permasalahan ini.
Difahamkan bahawa ibu tunggal itu hanya mendapat bantuan sara hidup dari Jabatan Kebajikan selain mengambil upah menjaga anak kecil sebagai pendapatan tambahan.
“Syarikat Perumahan Negara (SPN) juga diharap dapat membantu keluarga berkenaan bagi memiliki sebuah rumah yang selamat dan selesa untuk didiami,” katanya.
Pengumuman calon Pas untuk P067 Kuala Kangsar
-
Calon bagi Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk pilihanraya kecil P067 Kuala
Kangsar akan diumumkan malam esok, 27 Mei 2016 pada jam 9.00 malam
bertempat d...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan