Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 16 Oktober 2009

Kelab Penyokong jadi sayap Pas

demokrasi93.blogspot.com

ROMPIN – Pas sedia menerima Kelab Penyokong sebagai sayap parti, memandangkan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum, terutama Cina dan India terhadap parti itu, kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Katanya, sehingga kini keahlian Kelab Penyokong Pas melebihi 20,000 dan angka itu menunjukkan sokongan kuat bukan Melayu terhadap Pas.

Bagaimanapun katanya, memandangkan ia melibatkan pindaan Perlembagaan parti, Pas sudah menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi melihat aspek yang memungkinkan kelab itu diserap sebagai sayap parti dalam tempoh setahun.

“Kita masih sedang dalam perbincangan mengenai perkara ini, dan kita yakin dengan adanya kelab penyokong, maka pengundi bukan Melayu lebih mudah untuk menyokong kepimpinan sedia ada,” katanyaketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, sokongan terhadap juga Pas semakin meningkat apabila kebanyakan masyarakat bukan Islam memahami dasar yang diperjuangkan parti itu, dengan meletakkan Islam sebagai: teras perjuangan tanpa meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.

:“Pas diterim:a baik, dan dalam pilihan raya kecil (Bagan Pinang) baru-baru ini, juga menunjukkan sokongan pengundi Cina dan India terhadap Pas cukup baik,” katanya.

Salahuddin berkata, Pas yang wujud pada tahun 1951 adalah sebuah parti tulen untuk semua kaum dan telah menunjukkan contoh terbaik dalam mengendalikan negeri Kelantan, tanpa mengira bangsa dan agama.

“Jika dulu Pas kuat di Kelantan dan Terengganu saja, tapi Pas kini sudah ada kerajaan baru di Kedah dan berkongsi kuasa dengan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan mempunyai bilangan kerusi yang baik di Perak,” katanya.

Dalam pada itu, Pas kini sedang dalam perancangan untuk menarik lebih ramai keahlian daripada kalangan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai kenyataan Naib Presiden Pas itu.

Katanya, buat masa sekarang, kepimpinan Pas tidak dapat memberi sebarang reaksi mengenai perkara itu meskipun mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada pelbagai kaum.

“Saya tidak dapat mengulas isu ini. Banyak perkara dalam parti masih belum diselesaikan,” katanya.

Tiada ulasan: