
Abu Bakar percaya, pengundi di kawasan itu yang benar-benar menyokong usaha memerangi rasuah akan kecewa dengan calon pilihan BN itu dan yakin mereka akan mencari pemimpin lain yang lebih baik.
“Kalau ini yang dicalonkan UMNO, pengundi akan hilang keyakinan terutama mereka yang benar-benar mahu rasuah dibasmi.
“Cara yang dilakukan dengan meletakkan Isa di kawasan Bagan Pinang tidak kena memandangkan Isa pernah digantung jawatan dan keahliannya sebelum ini. Calon penting dalam menjalankan peranan berdasarkan mandat rakyat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Sebelum ini, Tan Sri Mohd Isa Samad pernah digantung keahlian dan jawatannya kerana didapati melanggar tata etika dalam pemilihan UMNO.
Sehubungan itu, Abu Bakar menyokong supaya rakyat diberi penjelasan berhubung perkara itu untuk memastikan pengundi membuat pilihan yang tepat.
Lebih penting katanya, pemilihan pemimpin juga adalah penentu kepada pembangunan sesebuah kawasan berdasarkan tuntutan Islam selain menentukan imej masyarakat dunia kepada negara.
“Kita perlu beri penjelasan kepada rakyat supaya mereka tidak melakukan kesilapan dalam pemilihan calon dan menjelaskan perkara tidak baik perlu untuk mencegah kemungkaran,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan