sebenarnya PAS dan UMNO jauh berbeze.setiap sudut sangat berbeza.
Perbezaan Pertama....
UMNO - ditubuhkan pada tahun 1946 untuk menjaga kepentingan melayu di Tanah Melayu serta menuntut ke
PAS - ditubuhkan pada tahun 1951 untuk menjaga kepentingan umat islam setelah UMNO enggan menjadikan islam sebagai DASAR perjuangan.
Huraian - Walaupun berjuang untuk kebangsaan melayu tetapi UMNO berjuang juga untuk islam sebab orang melayu adalah islam, kebanyakannya. Andainya orang melayu bukan beragama islam, UMNO tetap juga perjuangkan agama orang melayu itu, sebab UMNO ialah "Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu".
PAS menjadikan islam sebagai dasar perjuangan. Melayu, Cina, India dll turut diperjuangkan PAS asalkan mereka islam. PAS juga mahukan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi kemerdekaan yang dimaksudkan adalah kemerdekaan yang berteraskan islam.
Perbezaan Kedua....
UMNO - Penubuhan UMNO direstui oleh British. Pemimpin UMNO mendapat tempat yang baik di sisi British contohnya Dato Onn, Tunku Ab Rahman, Dato Ab Razak dll. Malah mereka menjawat jawatan kerajaan sebelum merdeka lagi.
PAS - Penubuhan PAS tidak disenangi British. Induk PAS, Hizbul Muslimin diharamkan oleh British. Pemimpinnya ditangkap. British menganggap pemimpin PAS sama bahaya dengan komunis.
Huraian - PAS dan induknya Hizbul Muslimin tidak disenang British kerana dasar islamnya. Nasrani (Kristian) dan Yahudi tidak akan redha selama-lamanya kepada islam. British merestui UMNO (dan rakan kongsinya MCA dan MIC) kerana mereka bukan parti agama. Jika UMNO memperjuangkan islam, nasib UMNO sama dengan PAS di sisi penjajah. Apabila British berundur, pemerintahan Tanah Melayu diserahkan kepada UMNO dan rakan kongsinya secara selesa kerana mereka tahu golongan ini akan meneruskan dasar sekularnya.
Perbezaan Ketiga...
UMNO parti kebangsaan sedangkan PAS parti agama.
Huraian -
UMNO ditubuhkan di atas semangat kebangsaan. PAS ditubuhkan di atas semangat keislaman. UMNO sering mendakwa PAS parti yang menggunakan agama untuk politik. Itu pendapat yang silap. Sebenarnya PAS menggunakan politik untuk agama. PAS menggunakan segala-
Adapun UMNO, parti itu sering menolak agama kerana politik. UMNO menolak pengharaman judi, arak, kelab malam, snooker dsb kerana kegiatan itu ada nilai ekonomi dan poltik bagi UMNO. UMNO menolak hudud di atas sebab politik BN. UMNO akan hanya menerima agama seandainya perkara agama tersebut mendatangkan keuntungan kepada UMNO seperti pungutan zakat, Bank Islam, Tabung Haji, Universiti Islam dll. Satu-satunya kerajaan negeri yang menyimpan wang dalam Bank Islam ialah kerajaan Negeri Kelantan. Ini buktinya BN menubuhkan Bank Islam untuk tujuan politik, kerana kerajaan BN sendiri tidak menyimpan dalam Bank Islam malah lebih berminat menyimpan dalam bank riba.
Perbezaan Keempat..
Pemimpin UMNO dipilih berdasarkan ketokohan seseorang dalam masyarakat. PAS meletakkan syarat ketakwaan sebagai syarat kepimpinan.
Huraian
Dalam pemilihan pemimpin UMNO, pemimpin sering terdiri daripada mereka yang paling berpengaruh dalam masyarakat dan berkemampuan dari segi kewangan. UMNO tidak meletakkan syarat ketakwaan atas kemuliaan akhlak sebagai syarat wajib pemimpinnya.
PAS sebagai jemaah islam menjadikan penghayatan islam sebagai ciri kepimpinannya. Mereka yang melanggar etika islam, dengan sendirinya terlucut keahlian PAS, apatah lagi sebagai pemimpin. Andainya terbukti seorang pemimpin PAS melakukan rasuah, pecah amanah dsb, beliau hilang kelayakan memimpin jemaah PAS. Dikalangan pemimpin UMNO, fenomena pecah amanah sering berlaku. Politik wang (rasuah politik) berluasa di kalangan mereka. Ingatlah hadis bermaksud " Orang yang memberi dan menerima rasuah tempatnya di neraka".
UMNO menganggap ketakwaan dan kemuliaan akhlak bersifat personal. Dalam mesyuarat agung mereka umpamanya, perwakilan wanita dan lelaki diatur bercampur gaul, sedangkan dalam perhimpunan PAS mereka diasingkan mengikut kesusilaan islam. Dalam muktamar PAS, sembahyang fardhu harian dijadikan agenda rasmi. Malah perhimpunan agung Pemuda UMNO yang lepas terus berlaku hingga ke Maghrib; bahkan ketika azan maghrib berkumandang, ramai yang bersorak riuh rendah kerana keputusan pemilihan pucuk pimpinan diumumkan (disiarkan secara langsung di RTM dan TV3)
Siapa yang lebih berminat dengan islam?
Dalam islam, kepimpinan adalah amanah dan tanggungjawab. Kepimpinan bukan dipohon tetapi dilantik. Dalam UMNO, seseorang perlu mencalonkan diri sendiri sebagai pemimpin. Ini bukan etika islam. Sesiapa yang mencalonkan dirinya sendiri sebagai pemimpin dengan tersendiri kelayakkannya gugur.
Perbezaan Kelima...
Rujukan tertinggi UMNO ialah "Perlembagaan Negara Malaysia".
Rujukan tertinggi PAS ialah Al-Quran.
Huraian
Sebagai jamaah islam, PAS meletakkan Al-Quran sebagai undang-undang dan rujukan tertinggi. Sebarang undang-undang, akta, pindaan, perlembagaan dsb. yang bercanggah dengan Al-Quran akan terbatal dengan sendirinya. Inilah dasar pemerintahan islam.
UMNO dan BN meletakkan "Keluhuran Perlembagaan" dan "Kedaulatan Undang-Undang" kepada "Perlembagaan Negara" dan "Undang-undang Federal". Perlembagaan Negara memberi peruntukkan tertinggi kepada "Undang-undang Federal" iaitu sebarang undang-undang lain (termasuk undang-undang syariah negeri) akan terbatal jika bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Ini bermakna undang-undang syariah negeri yang dipetik dari Al-Quran akan terbatal jika ia bercanggah dengan undang-undang persekutuan. Sebagai contoh, "berzina suka sama suka" di sisi undang-undang negara tidak menjadi kesalahan, tetapi islam meletakkan hukuman 100 rotan atau rejam.
Dalam kes percanggahan seperti ini, perlembagaan memberikan kemenangan kepada undang-undang negara.
Ini bermaksud, Al-Quran hanya menjadi panduan undang-undang negara andainya ia tidak bercanggah dengan undang-undang itu.
Dengan kata lain, Al-Quran menjadi rujukan yang lebih rendah tarafnya daripada undang-undang negara. UMNO menerusi BN terus mengekalkan perkara ini walaupun setelah hampir 40 tahun merdeka. Bahkan pemimpin UMNO membuat ketegasan bahawa perlembagaan tersebut akan dipertahankan selama-lamanya selagi UMNO/BN memerintah Malaysia.
Apakah sikap anda dalam perkara ini?
Undang-undang hudud Kelantan tidak dapat dilaksanakan dengan adanya peruntukkan tersebut. Hudud Kelantan bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia, sedangkan hukum hudud dipetik dari Al-Quran.
Dalam amalan demokrasi, Parlimen menggubalkan akta yang bertaraf undang-undang. Dalam islam, pemimpin bukan menggubal undang-undang tetapi melaksanakan undang-undang yang termaktub dalam Al-Quran. Parlimen hanya boleh membincangkan bagaimana undang-undang itu boleh dilaksanakan, bukan mencipta undang-undang.
Perbezaan keenam..
UMNO sering mengemukakan slogan " Ketuanan Melayu" manakala PAS menyeru kepada "Ketuanan islam"
Huraian -
Ketuanan melayu yang diperjuangkan UMNO semakin hari semakin terhapus.
Tanah rezab melayu beransur-ansur kurang dan kalau digantikan pun, di kawasan yang terpencil.
Bahasa melayu kian terpinggir dalam arus pendidikan. Kolej dan Universiti mengutamakan bahasa inggeris.
Bangsa melayu secara beransur-ansur ditukar menjadi bangsa Malaysia. Kad pengenalan baru hanya menggunakan "bar-code" untuk menyatakan agama dan bangsa, bukan bertulis secara jelas seperti dulu.
Sensitiviti umat melayu kepada kes murtad menjadi kurang. Kemurtadan di kalangan masyarakat sering berlaku. Tanyalah Pejabat Pendaftaran Negara, berapa ramai melayu yang sedang menunggu giliran untuk menukar nama dan agama.
PAS menyeru kepada "ketuanan islam". Malaysia untuk semua bangsa - melayu, cina, india dll. Masing-masing bebas mengamalkan budaya mereka. Bahasa masing-masing perlu dipupuk bersama kerana bahasa adalah anugerah Ilahi. Ketuanan islam menjamin seluruh rakyat diberi pembelaan yang adil seperti yang dinyatakan Al-Quran, tidak kira sama ada dia muslim atau bukan muslim.
Walaupun UMNO menyeru slogan "ketuanan melayu" tetapi ia membuka keahliannya kepada semua bumiputra, islam atau bukan islam. Berapa ramai bumiputra Sabah yang bukan islam telah menyertai UMNO sekarang.
UMNO kini bukan lagi parti melayu-islam.
Andainya Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar r.a masih hidup dan datang ke Malaysia, mereka tidak boleh menganggotai UMNO sebab mereka bukan melayu dan bukan bumiputra. Akan tetapi kedua-dua sahabat yang mulia itu boleh menyertai PAS kerana PAS untuk semua orang islam.
Itulah perbezaan ketuanan melayu dan ketuanan islam.
Perbezaan ketujuh..
PAS berpegang kepada falsafah "politik sebahagian agama" manakala UMNO berpegang kepada falsafah "politik dan agama perlu diasingkan".
Huraian - Sunnah Rasulullah s.a.w. yang terbesar ialah pembentukan negara islam Madinah. Setelah negara islam terbentuk, semua kegiatan agama telah dijalankan Rasulullah s.a.w. seperti hubungan antara kaum, peperangan, perdamaian, dakwah (khususnya kepada ketua kerajaan asing), jihad, ekonomi dsb. Kesemua kegiatan tersebut dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai rasul, pemimpin, pendidik dan pendakwah. Kesemua kegiatan agama dan harian ditadbirkan Rasulullah s.a.w dalam sistem politik pemerintahan islam yang pertama itu.
Sirah ini menggambarkan bahawa politik atau siasah ditadbirkan Rasulullah s.a.w sebagai sebahagian daripada agama. Politik menjadi "payung" kepada seluruh kegiatan islam.
PAS yang mengamalkan sistem politik islam mengambil perjalanan sirah tersebut sebagai ikutan.
Sebaliknya UMNO mengamalkan dasar sekular iaitu politik dan agama perlu diasingkan. Dalam amalan politik sekular, kegiatan agama seseorang adalah bersifat peribadi. Mengikut UMNO, politik adalah urusan dunia yang boleh ditadbirkan mengikut kesesuaian masa dan suasana. Mereka lupa bahawa semua tindakan manusia dikawal oleh agama. Islam telah menerangkan semua perkara dari sekecil-
Saudara/i pembaca yang dikasihi,
Sesungguhnya politik atau siasah tidak boleh dipisahkan dari agama. Banyak hukum agama seperti hukum qisas, penderhakaan, peperangan, murtad, hudud, jihad, dakwah dsb. TIDAK DAPAT dijalankan tanpa negara.
Ayat Al-Quran tentang puasa dan tentang qisas adalah senada -
"Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu qisas ... " (Al-Baqarah, 2 : 178)
"Wahai orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa..." (Al Baqarah, 2 : 183)
Sekiranya puasa, semua muslim mengakui kewajibannya dan terus dilaksanakan, kenapa pula hukum qisas perlu ditangguhkan dan dianggap tidak wajib seperti puasa?
Demikian juga hukum murtad, hukum hudud dll.
Perbezaan kelapan..
UMNO/BN sedang menuju "Wawasan 2020", PAS pula menyeru kepada "Wawasan Akhirat"
Huraian -
UMNO/BN menjadikan 2020 sebagai tahun matlamat pembangunan industri negara. PAS berpandangan lebih jauh dari itu, iaitu setiap tindakan pembangunan haruslah mengambil kira nasib kita di akhirat kelak.
UMNO menekankan pembangunan fizikal negara seperti Menara KL, Menara Kembar, Bandar Jajar KL dll. Akan tetapi pembangunan jiwa rakyat yang akan menikmati pembangunan fizikal itu, tidak diutamakan. Muda-mudi mengamalkan budaya maksiat, bohsia, bohjan, penagihan dadah, rock, punk dan seribu jenis lainnya. Ketahuilah bahawa budaya punk bermula daripada majlis seperti sambutan tahun baru masihi (awal Tahun Hijrah dilupakan), kemudian meningkat kepada konsert rock spt Michael Jackson, Scorpions dsb., kemudian bersekedudukan tanpa nikah dan akhirnya punk. Janganlah ditangisi gejala punk tetapi dimasa yang sama menganjurkan hiburan rasmi awal tahun hingga ke larut malam.
Apabila UMNO/BN menganjurkan program muda-mudi spt Rakan Muda, pencampuran lelaki perempuan menjadi satu kemestian. Di sini bermulanya padah keruntuhan akhlak. Bila larian merdeka dsb dianjurkan, larian disertai lelaki perempuan yang bercampur gaul. Itulah dasar sekular pembangunan negara. Kononnya satu bangsa Malaysia boleh diwujudkan menerusi kegiatan tersebut. Ingatlah bahawa 'Wawasan Akhirat' yang menghitung dosa pahala tidak mengizinkan perkara sedemikian.
PAS sering didakwa menolak pembangunan. Sebenarnya, tiada seorang pun insan yang waras menolak pembangunan. Pembangunan islam ialah pembangunan negara yang tidak mengorbankan akhlak. Pembangunan fizikal dan rohani, yang dinikmati secara adil oleh seluruh masyarakat, yang miskin atau yang kaya. Pembangunan UMNO/BN kini hanya boleh dinikmati oleh golongan kaya sahaja. Mampukah orang kampung untuk menikmati secawan kopi di Menara KL?
Sejarah membuktikan bahawa pembangunan fizikal seperti pembinaan bangunan pencakar langit oleh kaum 'Ad, yang belum pernah berlaku di mana pun di dunia ini ketika itu, telah membawa kemusnahan kepada kaum itu oleh bala Allah (rujuk Al-Fajr:6-8). Ini bermakna, pembangunan fizikal semata-mata boleh membawa bencana katastrofi yang padah, andainya "wawasan dosa pahala" tidak diambil kira. Taufan Greg harus menjadi iktibar kita semua. Apalah Taufan Greg kalau dibandingkan dengan 'azab kaum 'Ad.
Ada kajian rambang dijalankan di kalangan pelajar sekolah menengah di WP KL beberapa tahun lalu. Hasilnya 85% pelajar tidak sembahyang fardhu. Inilah akibat politik sekular yang hanya menangani "pembangunan 2020".
Seluruh pemimpin UMNO/BN bertanggungjawa
Kita yang "memangkah"? - jawablah masing-masing di depan Allah s.w.t.
Perbezaan kesembilan..
Model kepimpinan UMNO ialah "kepimpinan melalui teladan" manakala model kepimpinan PAS ialah "Kepimpinan ulama'"
Huraian -
"Kepimpinan Ulama' adalah penerus "kepimpinan anbia" sebab ulama' adalah pewaris anbia. Kepimpinan ulama adalah sinonim dengan kepimpinan islam yang diteladani menerusi kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa' Ar-Rasyidin. Ini adalah model kepimpinan PAS.
UMNO menyeru kepada "kepimpinan melalui teladan". Kepimpinan ini sangat longgar berbanding dengan kepimpinan ulama' sebab pemimpin harus menunjukkan contoh teladan yang baik untuk diikuti rakyat jelata, sedangkan ketakwaan bukan menjadi syarat utama pemilihan kepimpinan UMNO. Tanpa syarat ketakwaan, seorang pemimpin boleh melakukan sebarang penyelewengan. Akhbar sering melaporkan tentang pemimpin UMNO yang dituduh dengan pelbagai kes rasuah, pecah amanah, pilih kasih, gejala maksiat dll.
Seorang pemimpin wanita UMNO pernah memberi komen "Asalkan seorang menteri itu menjalankan tugasnya dengan sempurna, apa salahnya jika beliau mempunyai perempuan simpanan." Itulah akibat ketakwaan bukan menjadi syarat kepimpinan UMNO.
Masalah pilih kasih menjadi amalan UMNO. Ahli pembangkang seperti DAP, PBS dan PAS diketepikan dalam banyak hal, sedangkan projek yang dilaburkan pemimpin UMNO adalah wang kerajaan, bukan UMNO punya.
Pemimpin UMNO menggunakan media massa kerajaan spt RTM untuk berkempen bagi UMNO dan menyekat peluang yang sama kepada pembangkang sedangkan RTM adalah hak rakyat Malaysia, bukan hak UMNO.
RTM sering menyiarkan secara langsung perhimpunan agung UMNO, tetapi adakah pernah RTM menyiarkan perhimpunan agung PBS, DAP atau PAS. Inikah kepimpinan melalui teladan?
Kita juga melihat menteri UMNO menggunakan kemudahan kerajaan spt kereta, jet dan agensi kerajaan ketika menjalankan urusan parti. Inikah kepimpinan melalui teladan?
Apabila pemberian subsidi, pemimpin UMNO sering mengenepikan hak ahli pembangkang (spt subsidi baja di Kelantan dll) sedangkan wang kerajaan dipungut dari semua golongan rakyat, pembangkang atau penyokong kerajaan.
Kepimpinan islam seperti yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. menunjukkan sikap yang adil dan saksama terhadap seluruh pimpinannya sama ada islam atau bukan islam. Tidakkah Al-Quran menceritakan bagaimana kepimpinan tentera Rasulullah s.a.w. mengutamakan makanan kepada tawanan perang, sebelum mereka sendiri memakannya. Inilah ciri-ciri unggul dalam kepimpinan para rasul yang diwarisi para ulama'-nya.
Perbezaan kesepuluh..
Laungan UMNO ialah "merdeka" dan "hidup melayu". Laungan PAS ialah "Allahu Akbar".
Huraian -
Ucapan lidah keluar dari hati penuturnya. Pepatah melayu mengatakan "Hati terkenang, mulut tersebut-
Ketika penamaan calon PAS (umpamanya di Pulai Condong 26 disember 1996 lalu), sebutan kalimah memuji Allah (Asma al Husna) dan seruan jihad serta selawat mengiringi perarakan itu. Ketika yang sama, UMNO pula menyanyikan lagu "Malaysia berjaya" atau "Malaysia boleh".
Satu rakaman di penamaan calun di DUN Kajang dalam pilihanraya umum 1995 yang lepas. UMNO menjulang tinggi calon MCA mereka En Chong serta menyanyikan "Malaysia Berjaya". Mereka tidak boleh sebut "hidup melayu" sebab mereka mengiringi calon MCA.
"Janganlah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin ...." (Ali-Imran, 3:28). Jelas, tak faham-faham jugak, orang kafir "dipangkah" jugak. Dalam sembahyang kata "...Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang Engkau beri ni'mat dan BUKAN JALAN ORANG YANG KAU TELAH MURKAI..." (Al-Fatihah, 1: 7) Maknanya jalan yahudi, kristian kita tak mahu, tapi...hindu, kristian "dipangkah" jugak...Tak faham faham...Bukan marah ni...gegham aja...(Sedutan dari ceramah Al-Fadhil Al-Ustaz Dato Haji Ismail Kamus dalam kaset beliau bertajuk "Israk Mikraj - Antara Manusia dan Jin, Penerbit:Hai Int, Pengedar:GG Edar)
Seruan "Allahu Akbar" adalah seruan abadi muslim. Seruan tersebut diperdengarkan dalam semua acara umat islam-ketika lahir, bermusafir, sembahyang, jihad dan ketika dikebumikan. Seruan "Allahu Akbar" dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. dan diikuti para sahabatnya serta para pewaris ulama sepanjang zaman.
Bandingkanlah seruan "Allahu Akbar" dan "hidup melayu" itu. Hati terkenang, mulut tersebut-
Perbezaan kesebelas..
PAS sentiasa konsisten tentang dasar perjuangannya iaitu ISLAM. Perjuangan UMNO sentiasa berubah-ubah mengikut masa dan suasana
Huraian -
Sejak ditubuhkan pada tahun 1951, PAS sentiasa kekal di atas dasarnya iaitu islam dan berhasrat menegakkan semua hukum Allah s.w.t. di negara Malaysia yang tercinta ini. Walaupun PAS mengalami pelbagai krisis kepimpinan, namun dasar tersebut tidak pernah berubah. Ketika kalah atau menang, PAS tetap dengan dasar itu. Tanpa dasar islam, PAS tidak perlu wujud.
Andainya UMNO telah meletakkan islam sebagai tunggak perjuangan, PAS perlu di mansuhkan segera, PAS tak perlu wujud. Inilah sikap PAS terhadap islam dan politik. Tetapi kerana UMNO tidak begitu, maka PAS adalah perlu...kalau dulu kita guna "Takdok sebab demo nak lawe kawe"
UMNO pula mulanya menyeru kepada seruan merdeka, kemudian menentang "Malayan Union". Setelah para pendokong UMNO(lama) berjaya terhadap penentangan "Malayan Union" mereka beralih kepada pembangunan luar bandar, pembangunan masyarakat, wawasan 2020 dan akhir sekali "Malayan Union (baru)".
Kalau UMNO(lama) menentang "Malayan Union", kini UMNO(baru) memperjuangkan "Malayan Union" versi terkini iaitu "Malaysian Malaysia". Sebutan berbeza tetapi maksudnya sama.
Orang melayu diberi keutamaan dalam perjuangan "malayan Union"(lama), termasuk perkara-
Maka kini, isu bahasa yang ditentang dalam Malayan Union, dilaksanakan dalam wawasan terkini dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa akademik kolej swasta, universiti(
Kalau dahulu, penubuhan Universiti Merdeka ditentang oleh UMNO, kini UMNO memberi peluang berpuluh-puluh universiti tersebut ditubuhkan.
Contoh di atas menunjukkan UMNO tidak konsisten dalam perjuangannya.
Ketika krisis Iraq-Kuwait, Malaysia yang diwakili pemimpin UMNO telah bersetuju untuk menyokong serangan PBB (sebenarnya Amerika) ke atas Iraq. Kemudian pemimpin tersebut menyesal dan menangis teresak-esak apabila Iraq telah ranap di bom Amerika. Ini satu lagi contoh ketidak tekalan perjuangan UMNO.
Dulu UMNO beria-ia benar untuk mengutuk Israel yang membunuh rakyat Palestin di Sabra dan Shatila; tetapi kini sedang melobi untuk mengikat ikatan diplomasi pula dengan yang mereka yang dilaknati seluruh alam itu.
Hari ini UMNO buat polisi, mungkin esok diubah pula. Pada suatu ketika, menjulang tinggi kepimpinan Amerika, dan pada suatu ketika mengutuknya pula... Perjuangan ikut mood ke???
Perbezaan keduabelas..
Antara tema perayaan UMNO/BN ialah "Budaya Penentu Kecapaian". Antara tema sambutan PAS ialah "Menyanggah Fikrah Maddiyah"
Huraian -
Maddiyyah bererti "materialisme" (faham kebendaan). Fahaman ini bermaksud hidup untuk mengumpul harta semata-mata dan harta menjadi matlamat hidup, tanpa memikirkan wasilahnya sama ada halal atau haram.
Fahaman ini sangat bahaya dalam masyarakat. Berpegang kepada fahaman ini, harta akan menjadi tuan dan kita akan menjadi hamba kepada harta. Dalam islam, kita perlu mencari kekayaan tetapi kekayaan itu menjadi hamba kepada kita, sebagai wasilah untuk berbuat kebajikan kepada Allah.
Budaya maddiyyah menjadi subur dalam UMNO. Seorang ketua bahagian akan tiba-tiba menjadi OKB (orang kaya baru) apabila memegang jawatan tersebut dalam beberapa penggal sahaja. Apatah lagi timbalan menteri, menteri dan yang setaraf dengannya.
Pelbagai gejala rasuah, menjadi asam garam kehidupan hari ini. Mengikut Amnesty International, Malaysia menduduki antara tempat teratas dalam kejadian rasuah di dunia, dibelakang Brazil, Mexico dan beberapa negara lain.
Islam tidak menghalang kekayaan kebendaan, tetapi yang dilarang ialah "fahaman kebendaan"- PAS menyanggah fahaman/fikrah kebendaan ini.
Budaya adalah adat, cara berfikir dan cara hidup sesebuah masyarakat yang disalin dari generasi ke generasi. Budaya yang baik boleh diamalkan asalkan tidak bercanggah dengan agama. Kaedah usul-fiqh menyatakan "Al-'urf muhakkamah" yang bererti "adat menjadi timbang-tara" (yang boleh diamalkan asalkan tidak bercanggah dengan agama)
UMNO menghidupkan semua budaya melayu, tak kira budaya yang murni atau budaya yang bercanggah dengan agama.
Budaya nasyid(tanpa percampuran lelaki-
Akan tetapi pada masyarakat hari ini, budaya disempitkan dengan perkara kesenian sahaja. Tarian kebudayaan oleh gadis-gadis genit tanpa menutup aurat yang sempurna dan dipertontonkan pula kepada penonton lelaki adalah bercanggah dengan agama. Demikian juga acara makyong yang memperlihatkan perkara yang sama. Acara wayang kulit pula melibatkan jampi serapah yang apabila dijejak berasal dari budaya Hindu-Buddha. Budaya bersanding dan menjunjung pulut bunga telur adalah budaya jahiliyyah, amalan budaya Hindu (seperti yang diamalkan di Bali hingga kini).
Semua budaya tersebut sepatutnya dihapuskan oleh UMNO yang berkuasa, jika benar-benar parti itu memperjuangkan kemurnian islam.
Kadangkala sesuatu budaya itu bukan buruk pada dirinya, seperti dikir barat tetapi buruk kepada majlis yang mengundang percampuran bebas lelaki-
Dalam kaedah usul-fiqh, pengharaman majlis seperti itu digelar "sadd al-zara'i" yakni "menyekat keburukan sebelum terjadi". Sebagai contoh, gula adalah makanan yang halal tetapi bagi pesakit diabetes ianya dilarang makan gula di atas dasar "sadd al-zara'i".
Demikianlah alasannya kenapa majlis dikir barat dilarang Kerajaan Kelantan.
Semoga UMNO lebih berhati-hati memilih budaya untuk diamalkan kerana bukan semua "budaya penentu kecapaian". Yang jelasnya budaya ISLAM menentukan "
Perbezaan ketigabelas..
UMNO/BN berminat untuk bercuti minggu hari Ahad.
PAS mempertahankan cuti mingguan hari Jumaat.
Huraian -
Tiada hari cuti dalam islam. Hari Jumaat pun, masyarakat perlu bekerja, apatah lagi hari Ahad!
Untuk tujuan kemaslahatan pentadbiran, kerajaan boleh memilih mana-mana hari untuk dijadikan hari minggu. Sebagai contoh, negara-negara Arab-Islam memilih hari Jumaat sebagai hari cuti, manakala negara Barat-Kristian memilih hari Ahad untuk memberi kemudahan penganut Kristian ke gereja.
Malaysia, ketika diperintah Inggeris, menjadikan Ahad sebagai hari minggu kecuali di negeri-negeri Melayu bernaung(
Apabila merdeka kerajaan BN/
Sebelum ke masjid untuk sembahyang Jumaat, umat islam disunatkan mandi terlebih dahulu, mengenakan pakaian bersih serta datang ke masjid se awal mungkin untuk kegiatan ilmu dsb-nya, dalam keadaan tenang.
Adakah semua perkara di atas boleh dilakukan jika bekerja pada hari Jumaat?
Bayangkan seorang buruh, atau pekerja kilang, yang terpaksa tergesa ke masjid dengan pakaian yang separuh kotor untuk sembahyang serta tergesa-gesa pula keluar masjid untuk menyambung kerja. Bilakah masanya untuk mengerjakan amalan-amalan sunat yang disebut tadi?
Andainya, kita tidak suka melakukan perkara sunat tersebut, namun kita perlu memberi peluang kepada insan lain yang ingin melakukannya.
Ketahuilah, Jumaat adalah syi'ar islam.
UMNO yang mendakwa ingin meninggikan syi'ar islam di negara ini telah menukarkan hari cuti Jumaat di Johor kepada hari Ahad, walaupun baginda Sultan Johor sendiri tidak perkenan dengan tindakan tersebut. Sekarang UMNO/BN sedang berusaha untuk membawa Kedah, Perlis dan Terengganu pula bercuti hari Ahad.
Alasan UMNO/BN memang mudah; Ahad adalah cuti antarabangsa - lambang negara maju dan kegiatan ekonomi akan terhalang jika cuti hari Jumaat.
Ketahuilah, kerana ekonomi, UMNO sanggup mengenepikan syi'ar islam. Ketahuilah, kemajuan bangsa tidak bergantung kepada hari cutinya: India, Ghana, Zambia bercuti Ahad tetapi bukanlah maju negaranya.
Syi'ar islam itu perlu diutamakan daripada kepentingan politik!
Perbezaan empatbelas(a)..
PAS berhasrat untuk melaksanakan islam sepenuhnya dinegara Malaysia ini. UMNO sedang melancarkan "penerapan nilai-nilai islam" dalam semua badan kerajaan.
Huraian -
Pelaksanaan islam sememangnya tidak ada alternatif lain kecuali melaksanakan islam sepenuhnya.
Undang-undang apakah yang terbaik kecuali yang datang dari Penciptanya sendiri?
Ada yang berpendapat, islam perlu dilaksanakan secara beransur-ansur sebagaimana yang pernah dilakukan Rasulullah s.a.w.
Hakikatnya, Rasulullah s.a.w menjalankan semua hukum islam secara beransur-ansur disebabkan ayat al-Quran pun turun secara beransur-
Semasa di Makkah, ayat mengenai puasa belum diturunkan. Oleh yang demikian puasa belum diwajibkan. Begitu juga haji, juga tidak diwajibkan di Makkah, kerana perintah mengenainya belum turun lagi ketika itu. Selepas diturunkan, Rasulullah s.a.w terus melaksanakan perintah-
Jihad juga belum diwahyukan lagi ketika Rasulullah s.a.w. di Makkah, tetapi diwahyukan ketika di Madinah. Lalu Rasulullah s.a.w. melaksanakan serta merta sebaik sahaja turunnya ayat tersebut.
Demikian juga pengharaman arak. Apabila turunnya ayat pengharaman arak, semua sahabat meninggalkan amalan meminum arak.
Apabila Rasulullah s.aw wafat, semua ayat al-Quran telah lengkap. Semua hukum al-Quran telah wajib dilaksanakan keseluruhannya kerana penurunannya telah sempurna dan lengkap.
Kita di Malaysia kini, tidak boleh memilih sebahagian sahaja wahyu al-Quran untuk dilaksanakan dan meninggalkan yang lainnya di atas alasan perlu pelaksanaan secara bijaksana dan beransur-
Semua ayat tentang dakwah, puasa, haji, jihad, hukum-hakam, pemerintahan islam dll. perlu dilaksanakan semuanya sebab kewajibannya adalah jelas.
Andainya orang berkata, kita perlu berdakwah sahaja dahulu kerana itulah kerja yang pertama dilakukan Rasulullah s.a.w. sebelum politik. Fahaman ini bermakna kita tidak perlu berpuasa atau berhaji kerana haji hanya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. paling akhir dalam mesej baginda. Haji dilakukan baginda s.a.w. lebih lewat dari penubuhan negara islam Madinah.
PAS sebagai parti siasah islam, tidak ada pilihan lagi kecuali melaksanakan semua perintah Allah yang termaktub dalm Al-Quran. Kesemua perintah dari dakwah hingga politik telah menjadi KEWAJIBAN seluruh muslim di dunia ini.
UMNO melancarkan "penerapan nilai-nilai islam". Penerapan bukan pelaksanaan. Malah meletakkan nilai islam dalam pentadbiran dan pemerintahan UMNO pun tidak begitu jelas.
Kita lihat dulu dari sudut media elekronik, RTM. Personaliti TV rasmi kerajaan (spt pembaca berita) pun tidak menutup aurat ketika menjalankan tugas. Malah diberitakan pernah seorang pembaca berita wanita diundurkan dari RTM kerana sikapnya untuk menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki islam.
Media elektronik rasmi kerajaan menyiarkan nyanyian dan tarian pop muda-mudi dengan pakaian menjolok mata. Artis dengan gaya rambut ala-jahiliyyah dibenarkan muncul di TV. Rancangan Hiburan Malam Minggu dll tidak langsung mengambarkan sikap penerapan nilai-nilai islam. Apakah cukup "penerapan nilai islam" dengan memulakan siaran dengan bacaan al-Quran dan diakhiri dengan doa? Di antara bacaan al_Quran dan doa... adalah "Forum Perdana Ehwal Islam", itupun hanya golongan tertentu sahaja yang menjadi ahli panel...yang cakap "lebih sikit" digam.(Rindu juga dah lama tak lihat wajah YBhg Dato Ismail Kamus, Prof Harun Din di kaca TV)
Filem barat yang disiarkan RTM banyak yang mempertahankan budaya seks, kebebasan pergaulan dan keganasan. Gadis dengan pakaian mandi menjadi lumrah termasuklah filem Hindi dan Cina. Adakah benar-benar UMNO sedang menerapkan nilai islam?
Apabila YB TG MB Kelantan memohon muncul di TV bagi mengucapkan Selamat Aidilfitri beberapa tahun lepas-RTM menolaknya. Sedangkan berpuluh-puluh pelajar dibenarkan untuk membuat ucapan seumpamanya.
Ketahuilah RTM adalah hak kerajaan, bukan hak UMNO.
Bukan TV sahaja tidak membenarkan YB MB Kelantan mengucapkan Selamat Aidilfitri, Radio 3 KB pun tidak membenarkan ucapan tersebut (3 minit sahaja, bukan lama) sedangkan orang ramai di tepi jalan dan di pasar diberi peluang. Inikah sikap keadilan dalam penerapan nilai islam? Adil ke tu?
Ini baru contoh RTM ...
Perbezaan empatbelas(b)
"Penerapan Nilai Islam" adalah amalan UMNO. Pelaksanaan islam adalah dasar PAS.
Huraian -
UMNO sering mendakwa Malaysia adalah negara islam contoh yang disegani kerana Malaysia telah menubuhkan masjid, Pusat Islam, Bank Islam, Universiti islam, Institut Kefahaman Islam (IKIM), SPTF dll.
Hakikatnya, penubuhan badan-badan islam tersebut belum disabitkan Malaysia negara islam. Britain dan Thailand pun bina masjid yang besar-besar juga. Switzerland pun menubuhkan bank islam juga. Bahkah bank islam pertama muncul di situ. Pusat pengajian islam yang bertaraf IKIM atau lebih tinggi banyak terdapat di negara-negara barat. Negara barat pun sedang berusaha menubuhkan universiti islam kerana mereka tahu universiti seumpama itu ada nilai ekonomi yang tinggi.
Namun, kita bersyukur tentang penubuhan badan-badan islam tersebut di Malaysia.
Ketahuilah penubuhan badan seumpama itu adalah sebahagian tugas kerajaan yang dipilih rakyat untuk memerintah, tak kira kerajaan islam atau bukan islam, apabila wujud sebahagian rakyatnya beragama islam.
Demikian juga di Malaysia, muncul gereja-gereja, kuil-kuil, rumah-rumah ibadat lain yang sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan, atau sekurang-
Di Kajang telah muncul "pusat missionary kristian" yang terdiri dari kompleks bangunan yang bertanggungjawa
Walaupun gereja dibina merata-rata di Malaysia (khususnya di Sabah), kita tidak pernah mengatakan Malaysia negara Kristian. Demikian pula, dengan hanya pembinaan masjid, belum boleh dikatakan Malaysia negara islam!
Negara Islam ialah negara yang melaksanakan islam secara keseluruhan dan pemimpinnya melakukannya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan!
Inilah hasrat PAS!
UMNO selalu bermain kata bahawa undang-undang islam tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana masyarakatnya berbilang kaum. Ini buat-buat buta sejarah, buat-buat buta Al-Quran. Negara islam Madinah dulu pun negara masyarakat majmuk, arab muhajirin dan ansar, kaum Aus dan Khazraj, Yahudi dll.
Sebenarnya MIC dan MCA tidak akan mengatakan undang-undang islam tidak boleh dilaksanakan kalaulah UMNO tidak memulakannya! Kita percaya kaum lain menganggap sebarang komen tentang agama adalah perkara sensitif. Hakikatnya, kaum lain belum berkata apa-apa, UMNO yang terdiri dari orang beriman pula mengatakan demikian, sebagai jurucakap penentangan hukum islam!!?
Undang-undang islam pun seperti rukun islam juga. Sembahyang dan puasa hanya untuk orang islam, bukan untuk golongan lain. Demikian juga dengan hukum hudud misalnya, hanya untuk orang islam, bukan untuk mereka.
Lalu seorang pemimpin pun berkata, jika orang islam dihukum dengan hukum hudud tetapi orang bukan islam tidak, itu tidak adil!
Adil lah tu! Mana boleh tidak adil? Semasa kita orang islam berpuasa, tetapi orang bukan islam, boleh makan minum depan mata kita, tidak ada siapa pun kata tidak adil! Adil dalam islam ialah "meletakkan sesuatu pada tempatnya". Orang ahli ABIM kenalah bayar yuran ABIM, tak ahli tak kena bayar- kan adil kan tu...orang kampung pun faham. Kalau jadi askar mesti lah kena kwad pagi-pagi, orang biasa tak payah. Dok gitu keneh (loghat kelantan: bukan begitu).
Apabila kita jadi islam, maka adillah kita dikawal oleh islam segala-
Sepatutnya UMNO menolong politik islam PAS yang ingin melaksanakan islam di negara ini kerana dengan ini, tugas UMNO menjadi ringan.
Janganlah tindakan kita yang mengatakan beriman dengan Al-Quran tetapi menolak hukuman al-Quran pada masa yang sama, menyediakan tapak yang luas kepada fitnah orang yang akan mengatakan UMNO menolak hukum Al-Quran. Astaghfirullah.
Kita perlu menyatakan kesanggupan melaksanakan hukum Al-Quran terlebih dahulu. Masalah memang ada dan sama-samalah kita cari penyelesaiannya
Ingatlah firman Allah yang bermaksud "
... kafir. (Al-Maidah, 5:44) ... zalim. (Al-Maidah, 5:45) ... fasik. (Al-Maidah, 5:47)
Nau'
1 ulasan:
umno dikatakan banyak rasuah pas pula banyak terima hadiah..err ini perbezaan tak?
Catat Ulasan