Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 19 Oktober 2009

'SI KATAK' tidak ada nilai kepada Pas

demokrasi93.blogspot.com
KOTA BHARU - Pas tidak akan menghalang Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai UMNO sebaliknya keputusan itu harus disusuli tindakan berprinsip dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abd Latif Abd Rahman berkata, dalam keadaan kini, Ibrahim tidak mempunyai nilai kepada Pas susulan tindakan yang tidak bertanggungjawab kepada parti tersebut.

Katanya, beliau sama sekali tidak terkejut sekiranya bekas Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas itu mengambil keputusan tersebut memandangkan tingkah lakunya yang sering mencetuskan kontroversi khususnya pertelingkahan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

“Pas telah menyatakan sebelum ini Ibrahim perlu meletakkan jawatan, beliau sering mengatakan bahawa dirinya adalah individu berprinsip, oleh itu sebelum menyertai UMNO adalah langkah yang tepat untuk melepaskan jawatan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ibrahim bahawa beliau tidak menolak kemungkinan menyertai semula UMNO jika perubahan yang dituntut oleh pucuk pimpinan parti itu berjaya diterjemahkan untuk membela serta melindungi kaum Melayu dan peribumi.

Mengulas mengenai penyertaan Ibrahim bersama Pas sebelum ini, Abd Latif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkebang berkata, ahli Parlimen Pasir Mas itu merayu kepada pimpinan Pas untuk bersama perjuangan parti itu.

“Kita tahu bahawa beliau sering melompat parti, tetapi bila rayuan dibuat, Pas melihat Ibrahim seolah-olah insaf, beliau pernah menyebut bahawa kalau tidak dapat masuk ke rumah Pas tidak mengapa, tetapi cukup berada di tangga.

“Oleh yang demikian Pas mempercayainya, namun sikapnya selepas itu telah menggambarkan beliau sememangnya individu yang tidak berprinsip dengan perjuangannya,” katanya.

Abd Latif berkata, dalam keadaan ini, Ibrahim tidak mempunyai pilihan selain meletak jawatan dan membiarkan rakyat membuat keputusan sama ada masih menerima kepimpinan beliau di Pasir Mas.

katak oh katak

Tiada ulasan: