demokrasi93.blogspot.com
TEMERLOH - Isu Politik wang dan pembudayaan rasuah yang menular dalam parti-parti politik di negara ini, tidak mampu diselesaikan jika negara tidak menguatkuasakan hanya satu undang-undang rasuah.
Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara punca rasuah dan pengamalan rasuah berlaku adalah disebabkan wujud pendakwaan terpilih dan sistem pencegahan yang berbeza-beza.
Menurutnya, jika dilihat keadaan sekarang, jika orang yang rasuah itu kakitangan kerajaan seperti polis biasa yang ambil RM10 atau RM20, dia cepat didakwa dan dikatakan rasuah, tetapi apabila melibatkan pemimpin tinggi, dia tidak didakwa dan ia dianggap komisen.
“Begitu juga rasuah yang membabitkan parti politik tidak didakwa di mahkamah kerana ia diambil tindakan oleh parti, walaupun berlaku rasuah. Tindakannya pula berpilih-pilih,” katanya kepada media selepas mengadakan ceramah di Kampung Paya Jauh di sini semalam.
Tuan Ibrahim berkata, sebab itu kita lihat berlaku ketidakadilan. Sebagai contoh, Datuk Mohd Norza yang bertanding Majlis Tertinggi UMNO (MT) didakwa di mahkamah kerana rasuah, sedangkan rasuah Tan Sri Isa Samad yang bertanding Naib Presiden tidak didakwa di mahkamah, sebaliknya hanya parti yang hukum dia. Jadi mana keadilannya.
Sementara itu, ketika mengulas isu rasuah pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang berkata, beliau mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak atas aduan yang dibuat Pas bersabit salah laku rasuah pemimpin UMNO.
“Kita ada bukti dua pemimpin UMNO terlibat merasuah pengundi, kita ada rakaman, sebab itu kita mahukan SPRM bertindak,” katanya.
paeh: umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan. ibarat isi dengan kuku... ekeke..
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan