Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 1 Oktober 2009

undi POS sebenarnya hanya 1000 orang???

demokrasi93.blogspot.com

Daripada sejumlah 4600 undi pos, percayakah anda bahawa yang benar-benar layak mengundi secara pos ialah cuma 1000 orang sahaja. Kiraan matematiknya begini :-

Pertama, daripada 4600 pengundi pos dari kalangan tentera (dan polis) lebih kurang 1600 orang daripadanya sudahpun pencen dari perkhidmatan angkatan tentera. Baki yang tinggal Cuma 3000 orang. Kedua, daripada baki 3000 orang tentera yang menjadi pengundi pos, sepertiga daripadanya tidak duduk di dalam kem, sebaliknya menyewa rumah di luar kem. Lebih kurang 1000 orang tinggal di luar kem, menjadikan mereka tidak layak menjadi pengundi pos. Baki yang tinggal cuma 2000 orang. Ketiga, daripada baki 2000 orang pengundi pos, separuh daripadanya ialah isteri atau suami masing-masing, di mana mereka ini tidak berkhidmat sebagai anggota tentera. Mereka cuma menjadi isteri atau suami tentera, dan sepatutnya tidak layak menjadi pengundi pos. Baki yang tinggal cuma lebih kurang 1000 pengundi pos di dalam kem tentera. Keempat, Baki 1000 orang inipun masih boleh dipertikaikan.


Oleh kerana nama mereka semua terdapat dalam buku Daftar Pemilih yang dikemasini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadikan mereka sebagai pengundi pos ’yang layak’ di sisi SPR walaupun ’tidak layak’ di sisi amalan demokrasi. Demokrasi di Malaysia telah terkubur..

Tiada ulasan: