Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Jumaat, 23 Oktober 2009

Mahkamah tolak bantahan Anwar Ibrahim


demokrasi93.blogspot.com

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal menghalang Mahkamah Rayuan daripada mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi agar pihak pendakwaan membekalkan dokumen berkaitan kes liwat kepada beliau.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak bantahan awal Anwar bagi mengetepikan rayuan pihak pendakwaan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai Hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, sebulat suara menolak bantahan Anwar itu setelah memutuskan bahawa perintah Mahkamah Tinggi berhubung permohonan pembekalan dokumen berkenaan adalah muktamad dan oleh itu boleh dirayu.

Bagaimanapun, mahkamah itu menolak permohonan Anwar melalui peguamnya Karpal Singh bagi menangguhkan prosiding rayuan sementara menunggu keputusan rayuannya terhadap keputusan hari ini (bantahan awal) di Mahkamah Persekutuan. - Bernama

paeh: keputusan sudah dijangka.. biase la tu...

1 ulasan:

Nazrin berkata...

Wahai orang melayu yang matanya ditutup oleh fitnah Dajjal yakni PAS!...Takkan si saiful tu bodoh nak memberitahu satu dunia dia dah diliwat kalau benda tu tak betul...berfikirlah?..POkok takkan bergoyang orang Melayu!Kalu takder angin...Anwar bersalah sebenarnya..memang dah hobi..dia..memutar belitkan undang2..tapi ingat! Azab Allah terhadap mereka yang mempermainkan kebenaran!Lihatlah nanti siapa dan hakikat sebenarnya Anwar!Benarkah dia ingin memimpin negara..atau adakah dia gilakan kuasa semata..kerna nafsu yang diluar kawalan itu!