Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Selasa, 3 November 2009

Ustaz cabul dua murid - nauzubillah

demokrasi93.blogspot.com

PEKAN – Seorang guru bergelar Ustaz dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 selepas disabitkan kesalahan mencabul empat tahun lalu.

Tertuduh, Shaharudin Mat Hassan, 38, seorang guru agama dan bahasa Inggeris, disabitkan kesalahan mencabul kehormatan dua muridnya pada Ogos 2005, di Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Sri Makmur di Paloh Hinai, di sini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai pendakwa, ASP Zawawee Ibrahim.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang muridnya yang ketika itu berusia sembilan tahun dengan mencium dada dan meletakkan suatu benda pada kemaluan mangsa, ketika berada di Bilik Komputer, kira-kira jam 5 petang hari kejadian.

Tertuduh yang mempunyai dua isteri dan lima anak itu juga disabitkan kesalahan mencabul kehormatan seorang lagi mangsa yang juga berusia sembilan tahun, pada bulan dan bilik sama, kira-kira jam 5 petang hari sama, dengan mencium mulut, memegang dada dan meraba kemaluan mangsa.

Berikutan laporan polis yang dibuat, polis telah menahan tertuduh yang berasal dari Terengganu pada 17 Oktober 2005, dan tertuduh kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 25 Oktober, tahun sama bagi sesi pendakwaan dan dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Fakta kes dibacakan di hadapan Majistret Emma Shahriana Ali di Mahkamah Sesyen di sini, semalam dalam sesi jatuh hukum, selepas tertuduh didapati bersalah atas dakwaan yang dihadapkan kepadanya.

Terdahulu, tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang proses jatuh hukum diwakili peguam bela, Mohd Hisham Abdul Rahim, sempat mengemukakan rayuan pengurangan ke atas tempoh hukuman dan jumlah denda yang dikenakan terhadapnya di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada hukuman tersebut.

Dia kemudiannya dikenakan jaminan RM10,000 terhadap dua kesalahan yang disabitkan, sementara menunggu keputusan proses rayuan hukuman ke atasnya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu ni penyokong PAS tegar di paloh hinai tu...

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) berkata...

Wahai Paeh,

Terima kasih pengumuman Tanpa Nama.

Sila buat laungan Allahu Akbar 3 kali.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Dia telah difitnah dan sudah bebas dari tuduhan tersebut. Berita kebebasan beliau tidak dihighlightkan oleh media dan segala tuduhan palsu itu tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Semata-mata dia adalah penyokong Pas Tegar. Semoga dia tabah dan sabar. Sesungguhnya pembuat-pembuat fitnah ke atas beliau telah menerima azab laknat dari Allah.