Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 4 November 2009

Seminar bukan bincang kemelut kepimpinan Pas - Salahuddin

http://mppas.files.wordpress.com/2007/08/yb-solah.jpg
KUALA LUMPUR - Seminar politik Pas pada Sabtu ini bukan bertujuan membincangkan kemelut kepimpinan parti itu sebaliknya untuk memperkasakan parti demi memperkukuh pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.

"Ini (isu kemelut kepimpinan) tak berbangkit, kira dah selesai. Soal (Pesuruhjaya Pas Selangor) (Datuk) Dr Hassan Ali kita dah serah kepada Jawatankuasa Disiplin parti," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu di sini hari ini.

Mengenai seminar sehari itu, Salahuddin berkata peserta akan membahaskan ucap utama presiden yang akan disampaikan pada sebelah pagi.

"Adalah diharapkan pada penghujung seminar kita akan dapat menyatakan kepada masyarakat luar bahawa Pas masih bersama pakatan rakyat dan (akan) memperkukuhkan kedudukan kita dalam pakatan," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: