
Segelintir penyokong Red Warriors bertindak di luar batasan dengan membaling mercun dan botol minuman ke dalam padang sehingga ada yang terkena pemain dan penyokong.
Beliau berkata, selaku penyokong, peminat bola sepak tidak sepatutnya bertindak begitu lebih-lebih lagi ia bukan mencerminkan peribadi seorang Muslimin dan Muslimah yang sejati.
“Saya sedih tengok gelagat penonton Kelantan dengan apa yang dah berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil malam itu.
“Sepatutnya tidak berlaku kejadian bakar mercun, kerusi, sepanduk dan baling botol minuman kerana perbuatan tersebut tidak mencerminkan rakyat daripada negeri serambi Mekah,” katanya.
Menurutnya, beliau berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi berlaku kerana secara tak langsung, ia memberikan tanggapan yang negatif terhadap negeri Kelantan. :
“Jika penyokong yang hadir bagi menyaksikan perlawanan bola sepak nak bersorak, tak apa nak takbir lagi baik, tapi janganlah sehingga berlakunya kejadian seperti ini lagi,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan