KUALA TERENGGANU – Kelab Veteran Pas Terengganu menyokong penuh cadangan agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) apabila Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang menggabungkan pakatan pembangkang diluluskan Pertubuhan Pendaftaran (ROS).
Ketuanya, Kassim Ahmad berkata, sokongan itu bukan bermaksud pihaknya menolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya menganggap pemimpin Pas wajar menjadi ketua berikutan parti itu adalah yang terbesar dan sudah lama bertapak di negara ini berbanding DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Lebih penting katanya, keperibadian Nik Aziz yang diterima pelbagai lapisan masyarakat dan kaum dilihat sebagai satu keistimewaan untuk meletakkan beliau sebagai peneraju pakatan pembangkang.
“Saya bersetuju dengan cadangan itu dan kita nampak mereka (kepimpinan PR) juga ‘ke arah beliau’. Nik Aziz adalah individu berwibawa, selain populariti dimiliki serta keperibadian diterima semua golongan,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebelum ini yang mencadangkan Nik Abdul Aziz sebagai Ketua atau Pengerusi PR sekiranya pakatan mahu terus diterima rakyat.
Zaid berkata, pelantikan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan akan menjadi seperti pelantikan Mahatma Gandhi sebagai pemimpin spiritual kepada Parti Kongres India dahulu. Permohonan untuk mendaftar PRM sebagai gabungan tiga parti pembangkang itu dibuat pada 3 November lalu dan kini menunggu kelulusan ROS. Kassim tidak melihat cadangan itu sebagai membanding-bandingkan kepimpinan Anwar, sebaliknya menyedari perkembangan politik semasa ketika ini lebih berpihak kepada Pas.
“Kita tidak mengatakan Anwar tidak mampu tetapi perkembangan semasa lebih tertumpu kepada Pas,” katanya. Menurutnya, sebagai parti yang memperjuangkan dasar Islam, beliau mengakui golongan ulama perlu diletakkan sebagai peneraju kepimpinan dalam pakatan pembangkang.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan