Harakahdaily
KAMPAR, 14 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan rakyat Perak agar jangan terkejut jika kerajaan negeri yang ada menghabiskan Bajet Perak 2010 dalam masa 20 minit sahaja.
"Jika Umno mampu meluluskan bajet dalam masa 20 minit, maka mereka juga mampu untuk menghabiskannya dalam masa 20 saat sahaja," katanya.
Mahfuz berkata demikian ketika berucap dalam satu majlis ceramah dekat sini.
Beliau mengulas perbentangan Bajet Perak 2010 dalam masa 20 minit sahaja dalam sidang yang kecoh baru-baru ini.
Bagi beliau, kerajaan negeri Perak yang ada adalah penyamun yang mana ia sama sepertimana ketika mereka mahu merampas Negeri Perak dahulu.
"Umno ini sebuah parti politik yang idak bertamadun apabila corak pentadbiran mereka itu seolah-olah membawa dan menjadikan rakyat yang ada semakin mundur dan kurang cerdik.
"Mereka juga menonjolkan satu pemikiran yang kuno dengan menyatakan bahawa kekuatan fizikal itu adalah yang sewajarnya. Sedangkan pada zaman yang semakin maju ini kreativiti dan pemikiran secara inovasi itu sepatutnya yang diberikan kepada rakyat dalam menjadikan mereka golongan yang mampu berfikir dalam soal pentadbiran negara," katanya.
Beliau juga menyatakan bahawa Umno sebenarnya berpolitik berasaskan kepada kepentingan diri dan imej mereka semata-mata tanpa memikirkan nasib dan masa depan Rakyat di Negara ini," katanya.
Dalam majlis itu, Ketua Penerangan PAS Perak, Khalil Idham Lim menyatakan, selepas sahaja Zambry membentangkan Budjet Negeri Perak,Beliau telah diundang oleh Astro Awani untuk berdebat dengan Zambry dalam isu Budjet Negeri Perak.
Namun beliau menyifatkan ia sebagai perangkap kepada PR yang mana sekiranya beliau menerima pelawaan tersebut ia membuktikan bahawa Budjet Coca-Cola Zambry telahpun diterima oleh Adun-Adun PR yang lain dan ia sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh pihak Umno bagi mengaburi mata Rakyat. CINA ISLAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan