Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 5 November 2009

Fikir dulu sebelum lulus projek perindustrian



SERI MANJUNG - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang meminta Majlis Perbandaran Manjung (MPM) supaya jangan bertindak tergesa-gesa dalam meluluskan kawasan kepada pihak tertentu untuk pelaksanaan projek perindustrian.

Ini kerana menurut Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu, Hamidun Ahmad, dengan kelulusan itu ia secara tidak langsung akan memberi kesan teruk kepada kawasan pelancongan yang menjadi sumber utama ekonomi negeri.

Serentak itu, beliau berharap MPM merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan tidak meluluskan sebarang kawasan untuk projek perindustrian di kawasan berkenaan demi menjaga persekitaran yang bersih dan menyelamatkan penduduk setempat daripada terancam oleh sisa bahan buangan.

Tiada ulasan: