demokrasi93.blogspot.com
SHAH ALAM - Pas kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana tidak membenarkan Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai kaukus yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.
Menurutnya, kaukus bertujuan membincangkan pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar petroleum tetapi sikap beliau jelas tidak melambangkan konsep 1Malaysia.
“Kaukus perlu dibentuk kerana terlalu banyak kepincangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pemberian royalti minyak contohnya nasib yang menimpa Kelantan sehingga hari ini.
“Sabah dan Sarawak mendapat royalti minyak tetapi Kelantan pula dikatakan wang ehsan sahaja yang akan diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP),” katanya.
Idris mendakwa wang ihsan yang disalurkan kepada JPP akan digunakan untuk kepentingan politik UMNO dan kroninya di Kelantan.
Katanya, PR menubuhkan kaukus adalah tepat demi kepentingan rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka dengan melibatkan wakil dari Sabah dan Sarawak serta membentuk perjanjian yang adil.
“Perjanjian royalti minyak sekarang tidak tetap dan akan berubah jika sesebuah negeri pengeluar minyak diperintah pembangkang, contohnya Terengganu dinafikan hak menerima royalti ketika diperintah Pas.
“Namun Pas berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri tersebut ke tangga ke empat dalam Negara walaupun tanpa wang royalti tetapi selepas BN mengambil alih, Terengganu jatuh ke tangga kedua semula,” katanya.
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan