Menurutnya, ia hanya telahan dan langsung tidak berasas, sebaliknya apa yang digembar-gemburkan itu adalah satu proses untuk lebih mematangkan parti berkenaan khususnya dalam aspek kepimpinan, pemerintahan dan berkerajaan.
“Apa yang berlaku di luar itu cuma perbezaan pandangan ataupun pendapat sahaja dan tidak lebih daripada itu. Persepsi mengatakan Pas sedang menuju kehancuran itu memang saya tidak nafikan, ada�sebab itu kerja media sejak dahulu lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui hadir di Program Penerangan Bersepadu Cakno Keluarga dan Ihtifal Pasti Dewan Undangan Negeri Perupuk di Masjid Repek di sini, semalam.
Realiti perkembangan politik Pas sejak akhir-akhir ini dilihat semakin panas selepas dicengkam pelbagai isu termasuk kenyataan Nik Abdul Aziz yang mahukan parti itu mengadakan Muktamar Khas ekoran terdapat pimpinannya yang dilihat pro-UMNO.
Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata, kenyataan itu jelas kerana sehingga ke hari ini hubungan beliau dengan kepimpinan parti masih utuh walaupun terdapat pelbagai spekulasi dicetuskan.
“Ekoran beberapa peristiwa tersebut, menyebabkan status Pas dianggap umpama ‘retak menanti belah’,” katanya.
Pada masa sama, Nasharuddin memberitahu pengalamannya selama lebih kurang 10 tahun bersama kepimpinan tertinggi parti, Pas merupakan sebuah organisasi autoritatif bukan diktatorial di mana orang lain tidak boleh diberikan pandangan atau pendapat.
Malah katanya, Pas dengan sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan menerima kritikan yang akhirnya digabung jalinkan untuk dinilai bagi penambahbaikan kepada parti tersebut.
“Kalau saudara lihat di muktamar, seminar, forum atau sebagainya, kita memberi ruang secara terbuka kepada ahli mahupun orang ramai melontarkan pendapat atau kritikan,” katanya.
:Menurutnya, apa yang ditimbulkan oleh sesetengah media tidak akan melemahkan parti kerana setiap yang berlaku akan diselesaikan dengan cara sewajarnya.
“Pas tidak akan lemah dengan sebarang telahan mahupun ugutan mana-mana pihak kerana cetusan sesuatu isu yang timbul dalam parti itu, kaedah penyelesaiannya tidak berakhir dengan teori sebaliknya disusuli bersama kajian dengan mekanismenya yang tersendiri dan semuanya demi keutuhan parti,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan