Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 19 November 2009

Perlawanan amal Pemuda PAS-Umno bantu pasukan Seladang

PERAK

IPOH, 19 Nov: Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak mengajak Pergerakan Pemuda Umno negeri itu mengadakan perlawanan amal bola sepak bagi bagi mengumpul dana membantu pasukan bola sepak negeri itu beraksi pada Liga Super musim depan.

Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al- Hiss dalam surat jemputan memberitahu, DPP Perak bersedia mengenepikan sentimen politik kepartian bagi menyelamatkan pasukan bola sepak negeri itu yang terkenal dengan jolokan Pasukan Seladang yang kini dihimpit masalah kewangan.

"Pihak kami bersedia mengenepikan sentimen politik demi sukan bolasepak Negeri Perak bagi memastikan dengan usaha sedikit ini kita sama-sama dapat membantu Pasukan Bolasepak Seladang Perak untuk bersama semula di dalam kancah Liga Super musim baru ini," kenyataan beliau dipetik.

Mereka mencadangkan 29 November ini sebagai hari perlawanan tersebut manakala tempat masih belum diputuskan.

Usaha tersebut dilihat mampu menarik lebih ramai rakyat negeri itu menyumbang kearah kemajuan pasukan kesayangan mereka.

"Kami yakin kita akan bersama-sama penyokong, peminat dan rakyat Negeri Perak akan terus memastikan Pasukan Bolasepak kita tidak terkubur nanti," katanya lagi.

Pasukan Seladang kini berdepan masalah kewangan dan mungkin tidak dapat beraksi pada Liga Super musim depan.

Ianya ekoran kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bolsepak Perak membayar hasil kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengikut syarat yang dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mana-mana pasukan yang gagal menjelaskan bayaran tersebut adalah tidak layak menyertai Liga Super kali ini.

DPP Perak antara yang giat menjalankan usaha mengumpul dana bagi membantu pasukan bola sepak negeri itu agar dapat beraksi musim depan.

Sebelum ini mereka telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk tujuan tersebut.

Hasilnya mereka telah melancarkan 'Kempen Seringgit (RM1)' untuk tabung bantuan kepada persatuan bolasepak negeri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, DPP Perak juga mahu memperbetulkan fakta sebenar penjelasan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berhubung bantuan tahunan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) yang bertentangan dengan perkara sebenar.

Ianya kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan telah pun menyalurkan sebanyak RM 200 ribu setiap tahun tidak termasuk pertandingan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.

Mereka dalm satu kenyataan melahirkan rasa kesal dengan serangan peribadi yang dibuat Zambry terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam yang disifatkan mereka bukan ingin membantu tetapi atas kepentingan politik semata-mata.

"DPPN Pk meminta penyokong, peminat dan juga rakyat Negeri Perak jangan melihat serangan Datuk Seri Zambry terhadap Datuk Seri Nizar sebagai halangan untuk memastikan Pasukan Bolasepak Seladang Perak kita akan terus bermain di dalam kancah musim baru Liga Super 2010 ini nanti.

"DPPN Pk ingin menasihatkan Datuk Seri Zambry supaya bersikap rasional dan jangan cuba mempolitikkan sukan bolasepak ini kerana ramai penyokong, peminat dan seluruh rakyat Perak akan kecewa kerana sebagai seorang pemimpin harus mengenepikan sentimen politik daripada sukan demi untuk memajukan bolasepak Negeri Perak khasnya," tegas mereka.

Tiada ulasan: