Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar
-
Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan
berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan
sek...
8 tahun yang lalu
PAS tempelak kepimpinan UMNO
PADANG RENGAS – Pas menempelak kepimpinan UMNO kerana konflik berterusan yang berlaku di negeri ini adalah berpunca daripada parti itu yang cuba mengulangi sejarah hitam dahulu. Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu mengimbau kembali sejarah politik tanah air yang menyaksikan jatuhnya beberapa Kerajaan Negeri dahulu seperti di Terengganu, Kelantan dan Sabah, gara-gara ketamakan kuasa Perikatan. Pesuruhjaya Pas, Ustaz berkata, Pas berpendirian bahawa BN adalah punca pencetus huru-hara dalam politik setelah lebih 50 tahun memporak-perandakan ekonomi serta kekayaan negara. Menurutnya, partinya bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah kemaruk kuasa dan sentiasa konsisten untuk memelihara perpaduan serta kestabilan negara. “Pas Perak menyedari lakonan politik pimpinan UMNO dan BN yang berjaya mengekalkan kuasanya kerana sering berlagak baik dan meminta parti kalah, bersatu hati kononnya untuk membangunkan negara. “BN lupa kepada nasihatnya sendiri dan akan berterusan menimbulkan huru-hara serta kekacauan sehinggalah mereka berjaya mendapatkan apa yang mereka kehendaki seperti berlaku dalam krisis Perlembagaan Perak,” katanya. Ustaz Abu Bakar berkata, Pas dan PR sudah melalui pengalaman kalah menang menerusi Pilihan Raya Umum dan boleh berdepan secara matang. “Kita bersedia lepaskan pemerintahan PR di Perak atau di mana-mana sahaja sekiranya ia ditentukan oleh pengundi sendiri. “Kita berpegang kepada prinsip kebenaran, keadilan dan keikhlasan pemimpin dan rakyat yang dipimpin,” katanya. Beliau berkata, Pas turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak berkuasa yang seolah-olah membutakan mata untuk berdepan realiti sebenar permasalahan di negeri ini. “Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ternyata mendahului dan mengambil tugas mahkamah menjadi punca utama kepada kemelut yang diciptakan atas kepentingan pihak tertentu. “Kami sangat bimbang terhadap segala kecelaruan yang berlaku di Perak dan sentiasa mendesak agar demokrasi dapat dipulihkan segera serta memberi laluan kepada pilihan raya bagi keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya. Beliau turut memohon kepada rakyat agar tidak terjebak dengan emosi perkauman sempit dan melulu yang dibawa oleh pimpinan UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan