Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 5 November 2009

demokrasi93.blogspot.com

KUALA TERENGGANU - Banjir musim tengkujuh melanda Terengganu apabila penduduk di tiga daerah dipindahkan ke kawasan selamat pagi ini.

Di Hulu Terengganu, 19 penduduk Kampung Pelandang, Tersat, Hulu Terengganu, dipindahkan pada 9.30 pagi tadi setelah air dari Sungai Tersat naik mendadak sehingga tiga meter melimpahi kampung berkenaan akibat hujan lebat sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Tengku Hamzah Tengku Abdullah memberitahu Bernama bahawa kesemua penduduk terdiri daripada tiga keluarga itu dipindahkan ke Pusat Khidmat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pelandang.

Katanya km 17 Jalan Kuala Berang-Kuala Ping dan km 13 Jalan Kampung Kepah ditutup kepada kenderaan ringan akibat dinaiki air.

Turut ditutup jalan kampung dari Kampung Pengkalan Ajal ke Kampung Menerong kerana air naik sehingga ke jambatan di situ pada 9.45 pagi tadi. - Bernama

Tiada ulasan: